• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
KWC Fashion Wholesale

KWC Fashion Wholesale

I Love Fashion at Wholesale Price

  • Our Story
  • Getting Here
  • Directory
  • Amenities
  • Events & Happenings
  • Fashion Inspiration
  • Contact Us
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu
  • Our Story
  • Getting Here
  • Directory
  • Amenities
  • Events & Happenings
  • Fashion Inspiration
  • Contact Us
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu

KWC Model Search 2026 - Terma & Syarat

1. Pengenalan

KWC Model Search 2026 (“Pertandingan”) dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Kompleks Kenanga Wholesale City (“Penganjur”).

Dengan menyertai dan mendaftar untuk Pertandingan ini, semua peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi Terma & Syarat ini. Pihak Penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan, kemas kini, penangguhan atau pembatalan Pertandingan pada bila-bila masa tanpa notis awal.

2. Kelayakan

  1. Pertandingan ini terbuka kepada peserta wanita berumur 18 hingga 39 tahun dengan ketinggian minimum 165 cm.
  2. Peserta mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.
  3. Peserta mestilah berada dalam keadaan sihat serta mampu menyertai semua aktiviti Pertandingan.
  4. Peserta yang mempunyai kontrak dengan agensi model atau bakat perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada agensi masing-masing.
  5. Kakitangan Penganjur, penaja, rakan kerjasama serta ahli keluarga terdekat mereka tidak layak menyertai Pertandingan ini.
  6. Bekas Top 6 KWC Model Search (2022–2025) tidak layak untuk menyertai.

3. Pendaftaran

  1. Semua pendaftaran mestilah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
  2. Peserta bertanggungjawab memastikan semua maklumat dan bahan yang dihantar adalah lengkap, tepat dan benar.
  3. Penyertaan yang tidak lengkap, tidak tepat atau tidak sesuai boleh ditolak tanpa sebarang notis.
  4. Pendaftaran tidak menjamin penyertaan dalam Pertandingan; pemilihan adalah tertakluk kepada penilaian Penganjur.

4. Sesi Pemilihan & Uji Bakat

  1. Hanya peserta yang terpilih akan dihubungi melalui WhatsApp atau panggilan telefon.
  2. Peserta yang terpilih diwajibkan hadir ke sesi Uji Bakat pada tarikh yang ditetapkan.
  3. Kegagalan untuk hadir boleh menyebabkan pembatalan penyertaan.
  4. Pemilihan peserta adalah berdasarkan budi bicara Penganjur dan panel juri, dan keputusannya adalah muktamad.

5. Format & Tempoh Pertandingan

  1. Pertandingan ini berlangsung selama lebih kurang satu (1) tahun.
  2. Grand Finale dijangka berlangsung pada Disember 2026, tertakluk kepada perubahan.
  3. Sepanjang tempoh Pertandingan, peserta akan menjalani tugasan, latihan, acara dan kempen yang telah ditetapkan.
  4. Penilaian akan dibuat berdasarkan penyertaan, perkembangan kemahiran, profesionalisme, sikap serta prestasi keseluruhan.

6. Hadiah

Pemenang KWC Model Search 2026 akan menerima:

  • Juara: RM3,000 + kontrak KWC selama 1 tahun
  • Naib Juara Pertama: RM1,500 + kontrak KWC selama 1 tahun
  • Naib Juara Kedua: RM1,000 + kontrak KWC selama 1 tahun
  • KWC Favourite (3 pemenang): RM500 + kontrak KWC selama 3 bulan setiap seorang

Semua hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Penganjur.

7. Tatakelakuan Peserta

  1. Peserta hendaklah sentiasa bersikap profesional, berdisiplin dan menghormati semua pihak sepanjang Pertandingan.
  2. Sebarang salah laku, tingkah laku tidak wajar atau tindakan yang boleh menjejaskan reputasi Penganjur, penaja atau peserta lain boleh menyebabkan pembatalan penyertaan.
  3. Peserta hendaklah mematuhi semua peraturan, arahan dan garis panduan sepanjang Pertandingan.
  4. Peserta adalah dilarang sama sekali daripada menjalinkan atau terlibat dalam sebarang hubungan romantik dengan kakitangan Penganjur, penaja, rakan kerjasama, juri atau mana-mana individu yang terlibat secara langsung dalam Pertandingan. Sebarang pelanggaran boleh menyebabkan pembatalan serta-merta.

8. Hak Media & Kandungan

  1. Dengan menyertai Pertandingan ini, peserta bersetuju bahawa Penganjur berhak menggunakan gambar, video dan bahan berkaitan untuk tujuan promosi, pemasaran dan publisiti tanpa sebarang bayaran.
  2. Semua bahan yang dirakam sepanjang Pertandingan adalah hak milik Penganjur.

9. Data Peribadi

  1. Maklumat peribadi peserta hanya akan digunakan untuk tujuan pengurusan Pertandingan.
  2. Dengan menyertai, peserta bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan data peribadi mereka oleh Penganjur.

10. Liabiliti

  1. Penganjur tanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kehilangan atau kerosakan yang berlaku sepanjang Pertandingan kecuali seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.
  2. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan diri dan barangan peribadi masing-masing.

11. Pembatalan Penyertaan

Penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana peserta sekiranya:

  • Memberi maklumat palsu
  • Tidak hadir ke aktiviti wajib
  • Gagal melaksanakan tugasan
  • Melanggar peraturan atau tatakelakuan Pertandingan

12. Pindaan & Pembatalan

Penganjur berhak untuk meminda, menangguhkan atau membatalkan Pertandingan pada bila-bila masa tanpa notis awal.

13. Keputusan Muktamad

Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur dan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan atau pertikaian tidak akan dilayan.

14. Penerimaan Terma

Dengan menyertai KWC Model Search 2026, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua Terma & Syarat ini.

  • Personal Data Protection Act·
  • Terms of Use·

© 2026 KWC Fashion Wholesale

PERBADANAN PENGURUSAN KOMPLEKS KENANGA WHOLESALE CITY (PTG/WP.20/1/2832)