The Fashion Wedding Hub in Kuala Lumpur
Saat Penuh Berkat – Cinta Disatukan
Raikan Pesona Raja Sehari Anda bersama KWC Fashion Wholesale, Amora Bridal & Klassique Touch
Majlis perkahwinan bukan sekadar satu upacara — ia adalah ikatan suci, satu komitmen seumur hidup yang dibina atas kasih sayang, saling menghormati dan nilai bersama. Pada hari penuh makna ini, anda berhak untuk tampil dan berasa terbaik.
Di KWC Fashion Wholesale, kami bawakan pengalaman membeli-belah perkahwinan yang lengkap — semuanya di bawah satu bumbung. Sama ada anda merancang majlis perkahwinan tradisional atau moden, anda pasti menemui segalanya di sini: dari baju nikah, gaun pengantin, aksesori, hinggalah ke dulang hantaran.
Tampil Anggun dengan Busana Perkahwinan yang Mencerminkan Diri Anda
Baju nikah dan Baju Melayu daripada Butik Sekali Lafaz (Lot 5-90 & L3A-39), Aksesori daripada Elena (Lot 6-07, 08 & 09)
Penampilan anda sebagai pengantin perlu mencerminkan keperibadian, gaya dan tema majlis perkahwinan. Di KWC, anda akan menemui pelbagai pilihan busana pengantin di Kuala Lumpur, termasuk:
- ✨ Gaun pengantin pastel atau putih gading untuk gaya lembut dan anggun
- 👑 Songket mewah atau busana renda eksklusif
- 💫 Rekaan ringkas tetapi elegan dengan lapisan renda untuk sentuhan sofistikated
Warna pastel dan putih gading adalah pilihan abadi yang sentiasa menawan. Untuk gaya yang lebih eksklusif, lapisan renda boleh menyerlahkan keanggunan dan kemewahan.
Pastikan rekaan busana anda sepadan dengan tema dan lokasi majlis — sama ada gaya tradisional, moden atau gabungan. Dan jangan lupakan soal keselesaan: busana yang dijahit kemas menggunakan fabrik berkualiti tinggi akan memastikan anda kelihatan menawan sepanjang hari.
Songket Kebaya Traditional dan Baju Melayu daripada Harry Collection (Lot 5-63), Aksesori daripada Elena (Lot 6-07, 08 & 09)
Kebaya manic warna marun daripada Lusiso Boutique (Lot 5-63), Aksesori daripada Elena (Lot 6-07, 08 & 09), Sut pengantin lelaki daripada E-Star Fashion (Lot LG-18)
Sempurnakan Gaya Anda dengan Aksesori, Kasut & Dulang Hantaran
Penampilan pengantin tidak lengkap tanpa pelengkap gaya yang sempurna. Di KWC, kedai seperti Elena dan Revol menawarkan:
- 💍 Set aksesori pengantin dan barang kemas yang memukau
- 👠 Kasut tumit tinggi yang elegan untuk menyerlahkan langkah anggun anda
- 🎁 Set dulang hantaran dan hiasan eksklusif yang menambah nilai dan simbolik majlis
Sama ada anda memilih gaya tradisional Melayu atau moden kontemporari, sentuhan akhir ini akan menjadikan hari bahagia anda lebih istimewa dan bermakna.
Tip Perkahwinan oleh Amora Bridal
Perancang Perkahwinan Dipercayai di Kuala Lumpur
1. Fahami Tradisi Perkahwinan
Upacara seperti akad nikah, malam berinai dan majlis resepsi mempunyai makna tersendiri. Pastikan setiap fasa dirancang rapi dan menyatu dengan keseluruhan majlis.
2. Komunikasi dengan Keluarga
Perkahwinan menyatukan dua keluarga. Bincang dengan ibu bapa dan mertua mengenai jangkaan, senarai tetamu dan adat bagi mengelakkan kekeliruan.
3. Rancang Garis Masa Anda
Daripada menempah vendor hingga menghantar jemputan, susun atur yang jelas membantu menjadikan persiapan lebih lancar. Serahkan kepada Amora Bridal untuk bantu menyusun jadual anda.
💒 Lengkapkan Majlis Anda dengan Lokasi Eksklusif oleh Klassique Touch
Mencari lokasi majlis yang sempurna kini lebih mudah bersama Klassique Touch — pakar dalam menyediakan dewan perkahwinan bergaya moden dan tradisional dengan hiasan pelamin yang eksklusif.
Antara yang ditawarkan:
- 📍 8 lokasi dewan di Rawang & Shah Alam
- 🍽️ Dapur pusat dikendalikan oleh cef profesional
- 💐 Pakej lengkap perkahwinan termasuk katering, dekorasi & pengurusan majlis

Whether you’re hosting an intimate solemnization or a grand reception, Klassique Touch ensures every detail is well arranged for a seamless and memorable celebration.
🌸 Rakan Kolaborasi Kami
Amora Bridal – Penataan Pengantin Peribadi
Di Amora Bridal, kami menawarkan pakej perkahwinan mampu milik, rekaan songket eksklusif, dekorasi pelamin dan solekan profesional. Misi kami adalah membantu setiap pengantin menyerlah dengan yakin di hari istimewanya.
- 📞 Hubungi kami: 011-3315 4701
- 📸 Instagram: @amorabridal__
- 🎵 TikTok: @amora.bridal
- 📘 Facebook: @Amora Bridal
Klassique Touch – Pakar Dewan Majlis Anda
Ditubuhkan sejak 2013, Klassique Touch dikenali sebagai antara peneraju dalam pengurusan majlis di Malaysia. Menyediakan pakej lengkap dari penyewaan dewan, hiasan, katering hinggalah ke perancangan majlis.
📞 Hubungi kami: 016-426 3233
🌐 www.klassiquetouch.com.my
📸 Instagram: @ktwesb
🎵 TikTok: @ktwesb
📘 Facebook: Klassique Touch Weddings & Events
Wedding Shop List @ KWC Mall
Wedding Hub FAQ
Wedding Hub di KWC Fashion Wholesale menempatkan pelbagai butik pengantin di bawah satu bumbung, termasuk butik Sekali Lafaz untuk Baju Nikah dan Baju Melayu (Lot 3-40 & L3A-39). Kunjungi ke kedai untuk melihat dan mencuba busana pilihan anda, tanpa perlu membuat temu janji.
Pilihan yang ada termasuk gaun berwarna pastel dan putih gading, kebaya songket tradisional dan persalinan renda bersulam, termasuk rekaan daripada Harry Collection dan Lusiso Boutique.
Elena (Lot 6-07, 08, 09 & 10) dan Revol menawarkan barang kemas pengantin, set aksesori dan kasut tumit tinggi di KWC Mall.
Dulang hantaran dan set dulang hiasan boleh didapati daripada peniaga di Wedding Hub. Kunjungi sekarang untuk melihat pilihan rekaan terkini, inspirasi dan memilih dulang hantaran yang sesuai untuk menyerikan hari istimewa anda!
E-Star Fashion (Lot LG-18) menyediakan pelbagai sut pengantin lelaki dan pakaian lelaki yang sepadan dengan busana pengantin perempuan.
KWC Mall menempatkan lebih 15 butik pakaian pengapit pengantin, jadi mudah untuk anda menyediakan pakaian yang sedondon dari segi warna dan gaya untuk seluruh rombongan pengantin. Antara kedai yang ada termasuk Seri Maharani (Lot 5-65), Hits Collection (Lot 2-49), Elda (Lot 1-36 & 1-37), Maria Alam (Lot 2-17 & 2-18), Humaira (Lot 3A-01 & 02), Emanuel Femme (Lot 3A-41) dan Blooming Cotton (Lot 3A-13A & 3A-53A). Untuk senarai penuh, muat turun PDF Senarai Kedai Pengantin di halaman ini.
KWC Mall mempunyai kedai khusus untuk pakaian flower girl dan pakaian formal kanak-kanak, termasuk Mikidis (Lot 3-42), LittleCutie (Lot 3A-16), Taraewa Kids (Lot 1-23A & 1-52), June13 Enterprise (Lot 3-17) dan Graceful World (Lot 2-15). AK Collection (Lot 1-03A, 3A-10, 3A-25, 5-61 & 5-62) menawarkan pakaian pengapit pengantin dan flower girl, jadi lebih mudah untuk anda menyelaraskan penampilan rombongan pengantin.
KWC Mall menawarkan pakaian formal untuk seisi keluarga di bawah satu bumbung.
- Wanita: Raza Collection (Lot 2-51, 3A-15, 5-41 & 5-45), Lizaa Nass (Lot 3A-42, 5-43 & 5-71), Galeria Boutique (Lot 2-88) dan Butik Kita (Lot 2-37) menawarkan gaun dan pakaian formal yang anggun.
- Lelaki: Sut, kemeja dan tali leher boleh didapati di JIT Global Enterprise (Lot 2-30), E-Star Fashion (Lot LG-18) dan J&J Personal Store (Lot 7-41).
- Hijab: Lengkapkan penampilan dengan tudung yang sepadan daripada Sania Hijab (Lot G-58) atau Aweenda Hijab (Lot LG-19).
Untuk pakaian formal kanak-kanak, rujuk kedai flower girl di atas.
Tidak perlu. Semua kedai mengalu-alukan kunjungan tanpa temu janji.
Ya. Senarai Kedai Pengantin KWC Mall yang lengkap boleh dimuat turun dalam format PDF di halaman ini.
Mestilah boleh! Di KWC Wedding Hub, anda boleh mencari segala keperluan untuk melengkapkan penampilan di hari bahagia, daripada busana pengantin, barang kemas dan kasut hinggalah ke dulang hantaran. Semuanya tersedia di bawah satu bumbung, jadi lebih mudah untuk anda membuat pilihan tanpa perlu ke banyak tempat.
Majlis utama termasuk akad nikah, malam berinai dan majlis resepsi. Setiap satunya mempunyai makna budaya tersendiri yang wajar diterapkan dengan teliti dalam perancangan perkahwinan anda.
Mulakan dengan menempah vendor dan menyediakan kad jemputan lebih awal, kemudian susun jadual yang teratur. Perancang perkahwinan atau senarai semak juga boleh membantu anda merancang jadual dengan lebih mudah.
KWC Fashion Wholesale terletak di No. 2, Jalan Gelugor, Pudu, 55200 Kuala Lumpur. Sebagai destinasi perkahwinan sehenti, setiap butik pengantin, kedai aksesori dan rakan perkhidmatan perkahwinan yang dipaparkan di halaman ini berada di bawah satu bumbung di alamat ini. KWC mudah dikunjungi dengan kereta, LRT, monorel dan bas. Stesen terdekat ialah stesen LRT/Monorel Hang Tuah, hanya 5 minit berjalan kaki.
KWC dibuka dari Ahad hingga Khamis, 10 pagi hingga 7 malam, dan pada hari Jumaat, Sabtu serta cuti umum, 10 pagi hingga 8 malam. Kedai di tingkat bawah dibuka setiap hari (Isnin hingga Ahad, termasuk cuti umum) dari 10 pagi hingga 8 malam. Oleh sebab butik pengantin mungkin terletak di aras yang berbeza, sebaiknya semak dengan kedai masing-masing jika anda berkunjung menghampiri waktu tutup.
Ya. Kadar tempat letak kereta di aras bawah tanah ialah RM4.00 untuk 2 jam pertama, kemudian RM1.00 bagi setiap jam berikutnya. Kadar tempat letak kereta di aras atas ialah RM3.00 untuk 3 jam pertama, kemudian RM1.00 bagi setiap jam berikutnya. Kadar letak motosikal ialah RM1.00 sekali masuk.
