


Melewati keghairahan musim panas bermula Jun ini dan bakal berakhir pada September nanti, meskipun Malaysia bukanlah negara beriklim empat musim, namun koleksi perhiasan wanita yang dihasilkan sempena musim panas pada tahun ini, boleh dikaitkan dengan cuaca di Malaysia yang sememangnya hangat!
Aksesori seperti anting-anting dan rantai yang yang berwarna warni dan juntaian manik dan fabrik berbulu, dihadirkan pula dengan bentuk bunga, sememangnya mampu menyerlah penampilan minimalis anda. Setiap sudut anda di KWC, akan dipenuhi dengan aksesori yang menarik perhatian anda.
Tidak kira aksesori yang anda pilih untuk digunakan, KWC sentiasa dipenuhi barangan fesyen terkini pada harga berpatutan.