Sempena Merdeka dan Hari Malaysia, KWC Fashion Wholesale akan meraikan dengan tema Ini Malaysia Kita dari 26 Ogos hingga 17 September 2023. Pengunjung akan berpeluang menikmati pelbagai aktiviti dan acara menarik seperti Bouncy Castle, FB Live dan peraduan Tiktok COP & MENANG!


Aktiviti Kempen:
A) KWC FACEBOOK LIVE – JUALAN MALAYSIA KITA
‘FB Live’ Jualan Malaysia Kita akan mempromosikan 9 butik selama 3 hari dan terdapat tawaran menarik sepanjang live untuk penonton.
Tarikh: 28th – 30th Ogos 2023
Masa: 11am – 1pm
B) AKTIVITI TIKTOK : COP & MENANG!
KWC kini di Tiktok! “COP & MENANG” adalah peraduan Tiktok terbuka untuk orang ramai dan berpeluang memenangi hadiah menarik. Peserta dikehendaki melengkapkan gambar rajah pada kad “Cop & Menang” dengan mencari 7 stesen yang mempunyai cop gambar tersebut di sekitar KWC Fashion Wholesale. Peserta perlu memuat naik video atau gambar yang lengkap di Tiktok dan tag KWC Fashion Wholesale!
Tarikh: 26 Ogos – 17 September 2023
Pengumuman Pemenang: 28 Ogos, 4, 11 & 18 September 2023
Langkah-langkah:
- Ikuti Tiktok KWC Fashion Wholesale.
- Dapatkan kad cop di kaunter perkhidmatan pelanggan kami.
- Cari 7 stesen COP untuk melengkapkan gambar “Ini Malaysia Kita”.
- Muat naik video atau gambar “Ini Malaysia Kita”di Tiktok dan tag akaun KWC Fashion Wholesale bersama #kwcfashionwholesale #copdanmenang #inimalaysiakita
- Post yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.
- Pastikan semua akaun Tiktok peserta diletakkan umum.
- Nantikan pengumuman pemenang live pada setiap isnin, jam 3 petang di Tiktok KWC sehingga 18 September.
C) ‘BOUNCY CASTLE’
Untuk meraikan cuti sekolah, KWC menawarkan aktiviti kanak-kanak berumur 3-12 tahun bermain ‘Bouncy Castle’ Bayaran masuk ialah RM10 setiap kanak-kanak. Bagaimanapun, pembeli yang berbelanja RM50 dalam satu resit boleh menebus 1 kupon ‘Bouncy Castle’ serta popcorn percuma. KWC Fashion Wholesale juga meraikan hari kanak-kanak bersama Perumahan Awam Seri Selangor pada 27 Ogos 2023.
Tarikh: 26 Ogos hingga 17 September 2023
Masa: 12 tengahari – 6 petang
Lokasi: Lower Ground Centre Court, KWC Fashion Wholesale
Peraturan sepanjang berada dalam ‘Bouncy Castle’:
- Hanya untuk kanak-kanak dari umur 3 hingga 12 tahun.
- Ibu bapa perlu menunjukkan kupon tiket untuk mengambil anak-anak dan pastikan kod sama pada gelang tangan anak mereka.
- Semua kanak-kanak diwajibkan memakai stokin di dalam ‘Bouncy Castle’.
- Setiap kanak-kanak dibenarkan bermain selama 30 minit.
- Tidak dibenarkan masuk semula ke ‘Bouncy castle’ tanpa kupon seterusnya.
- DILARANG melompat dari atas ‘Bouncy Castle’.
- Masuk ke dalam ‘Bouncy castle’ dengan kaki dahulu, bukan meluncur dengan kepala dahulu.
- DILARANG menolak, bergaduh atau berkelakuan kasar sehingga menyebabkan kecederaan.
- DILARANG membawa objek tajam, haiwan, makanan atau minuman.
- PASTIKAN kanak-kanak menjauhi peniup udara, kipas dan barangan elektrik.
- Ibu bapa / penjaga yang menemani tidak dibenarkan masuk ke dalam ‘Bouncy Castle’.
- Pihak Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang berlaku.
- Pihak Pengurusan berhak untuk menutup ‘Bouncy Castle’ pada bila-bila masa disebabkan sebarang keadaan yang tidak dijangka.
- Pihak Pengurusan berhak untuk membawa keluar ibu bapa dan/atau anak-anak sekiranya melanggar peraturan.