• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
KWC Fashion Wholesale

KWC Fashion Wholesale

I Love Fashion at Wholesale Price

  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu
  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu

Joyful Nordic Christmas

Ho! Ho! Ho! Tiada keriangan yang lebih menggambarkan Krismas selain ‘Joyful Nordic Christmas’. KWC Fashion Wholesale dihiasi dengan konsep Scandinavia dan lampu berwarna warni, dikelilingi rusa kutub dan patung Santa. Pengunjung juga boleh bergambar dengan pokok krismas berkonsepkan rekaan nordic di pintu utama dan nikmati pelbagai persembahan serta aktiviti seperti peraduan kosplay, Krismas ‘Par-Tea’ bersama kanak-kanak, Meet and Greet bersama Santa dan ‘Mic On’ dari 1-25 Disember 2023.

MASTER VISUAL FINAL A4-03
MASTER VISUAL FINAL A4-04

BELANJA DAN TEBUS

Tempoh Penebusan : 1 – 25 Dis 2023
Lokasi Penebusan : Kaunter Khidmat Pelanggan

Cara Menebus : Belanja RM1,000 keatas dan tebus satu (1) hadiah.
Pengunjung boleh menggabungkan sehingga 3 resit untuk menebus hadiah.

Kalendar KWC 2024
Cara Menebus : Belanja RM600 keatas dan tebus satu (1) hadiah.
Pengunjung boleh menggabungkan sehingga 3 resit untuk menebus hadiah.

         

Terma & Syarat untuk menebus hadiah:

  • Pembeli mesti mengemukakan resit rasmi dengan perbelanjaan minimum RM600 atau RM1,000 dengan tiga (3) resit gabungan.
  • Setiap pelanggan layak menebus hanya dua (2) hadiah setiap hari bagi setiap orang.
  • Pelanggan hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas untuk layak menerima penebusan.
  • Penebusan adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan sementara stok masih ada.
  • Semua penebusan mesti dibuat pada hari pembelian yang sama.
  • Hanya resit asal yang dikeluarkan oleh mana-mana kedai di KWC, termasuk resit cetakan & tulisan tangan dengan cop rasmi atau kad perniagaan akan diterima untuk penebusan.
  • Mana-mana pembeli, pembeli pukal atau borong mesti ditebus oleh pembeli sendiri. Wakil tidak dibenarkan untuk menebus bagi pihak pembeli.
  • Penyewa dan penyewa kiosk/ruang promosi di KWC, pekerja mereka serta keluarga terdekat mereka tidak layak untuk mengambil bahagian dalam penebusan dan/atau menebus bagi pihak pelanggan mereka. Sekiranya mana-mana penyewa kami didapati menyalahgunakan penebusan sepanjang tempoh ini, penalti RM200 akan dikenakan bagi setiap item yang ditebus.
  • Dengan menyertai promosi ini, pelanggan bersetuju untuk terikat dengan terma & syarat yang tertera.
  • KWC berhak untuk meninggalkan, menambah atau meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal. Sebarang Terma & Syarat baharu atau dipinda akan menggantikan Terma & Syarat sedia ada.
  • Pihak Pengurusan berhak untuk MENOLAK sebarang resit yang mencurigakan seperti penyerahan dengan pendua, dicetak semula atau berunsur penipuan.
  • Sekiranya berlaku sebarang pertikaian, keputusan KWC akan dianggap muktamad, konklusif tiada surat-menyurat, pertanyaan atau rayuan selanjutnya akan dilayan.

 

Aktiviti di KWC Fashion Wholesale

Peraduan Kosplay dan ‘Par-Tea’ Krismas Si Cilik kami kembali! Kini, kanak-kanak boleh mempamerkan pakaian Kosplay terbaik mereka untuk dipadankan dengan tema ‘Joyful Nordic Christmas’ sesiapa sahaja boleh menjadi bunga atau berpura-pura sebagai Yogi Bear! Atau, sertai ‘Par-Tea’ Krismas Si Cilik di mana mereka boleh menikmati minum petang yang menyeronokkan dan beramah mesra dengan kawan-kawan lain.

Persembahan Tarian dan Maskot
Setiap hujung minggu, kami akan mengadakan persembahan tarian yang berbeza untuk memastikan pengunjung terhibur. Kami menampilkan Santa dan rakan-rakan beramah mesra bersama pengunjung dan berpeluang bergambar bersama mereka.

Bengkel D.I.Y Kanak-Kanak
Pengunjung yang mempunyai anak-anak juga boleh menyertai Bengkel D.I.Y secara percuma, di mana kanak-kanak boleh merasai pengalaman sendiri dalam mencipta kraftangan untuk dibawa pulang sebagai cenderahati.


Peraduan Kosplay Si Cilik

Tarikh : 9 Dis 2023
Masa : 3PM
Penyertaan : Terhad untuk 20 peserta
Tema Kosplay : Joyful Nordic Christmas
Umur : Bawah 12 tahun

Hadiah
Pakaian Terbaik x 3 : 1 Hamper + plaque
Saguhati (17) : 1 Hamper Mini

Pendaftaran :

  1. Hantar borang pendaftaran melalui website kenangacity.com.my, dengan subjek Peraduan Kosplay Si Cilik
  2. Pendaftaran dibuka mulai 28 Nov 2023 dan ditutup pada 7 Dis, 6 petang
Daftar Sekarang!

‘Par-Tea’ Krismas Si Cilik

Tarikh : 16 Dis 2022
Masa : 3PM
Peserta : Terhad kepada 30 peserta.
Umur : Bawah 10 tahun

Pendaftaran :

  1. Hantar borang pendaftaran melalui
    • Daftar di kenangacity.com.my, dengan subjek ‘Par-Tea’ Krismas Si Cilik
  2. Pendaftaran dibuka mulai 28 Nov 2022 dan ditutup pada 13 Dis, 6 petang
Daftar Sekarang!
  • Personal Data Protection Act·
  • Terms of Use·

© 2025 KWC Fashion Wholesale

PERBADANAN PENGURUSAN KOMPLEKS KENANGA WHOLESALE CITY (PTG/WP.20/1/2832)