


Hai pembaca yang dihormati! Kami kembali lagi dengan sorotan “Kedai Terbaik Bulan Ini” di KWC Fashion Wholesale! Bukan mudah untuk memilih hanya tiga kedai, kerana setiap sudut menawarkan pilihan yang boleh menjadi kegemaran ramai. Namun, kami telah menemui pilihan yang tepat untuk memastikan setiap orang akan menemui sesuatu yang istimewa sepanjang Oktober ini!
Mari kita singgah ke destinasi pertama kita, iaitu rakan baik kami di Lot G-28; PAK MAL VOGUE. Jika anda peminat fesyen Muslimah dan ingin mengekalkan penampilan tradisional yang sopan, Pak Mal Vogue adalah pilihan tepat! Terkenal dengan harga yang kompetitif dalam pada masa sama masih kekal berkualiti, terdapat pelbagai pilihan menarik untuk dilihat dan dibeli di sini.
Dengan menaiki dua tingkat eskalator, kami tiba di Lot 2-69 untuk pilihan seterusnya, pakar dalam pakaian tradisional Cina; GALAXY. Menawarkan koleksi eksklusif seperti Cheong Sam, Sam Foo, dan Kebaya Nyonya, anda akan menemui pelbagai pilihan corak dan warna—sama ada dengan sentuhan moden atau reka bentuk tradisional yang klasik.
Akhir sekali, kami menaiki dua lagi tingkat eskalator ke Lot 3A-70, di mana kami bertemu dengan pakar kostum yang ceria di KW MERIT TRADING. Mereka pakar dalam kostum dan aksesori kostum untuk kanak-kanak serta dewasa, dengan pelbagai gaya dan watak yang pasti akan mengejutkan dan memukau setiap pengunjung! Ini adalah tempat yang anda tidak mahu lepaskan, terutama sekali musim Halloween ini.