
![[BM1] 1080 x 1600 BARGAIN CORNER_SUDUT TAWARAN HEBAT MATCHY LEBARAN LEBARAN SEDONDON](https://www.kenangacity.com.my/wp-content/uploads/2023/04/BM1-1080-x-1600-BARGAIN-CORNER_SUDUT-TAWARAN-HEBAT-MATCHY-LEBARAN-LEBARAN-SEDONDON-691x1024.jpg)
![[BM2] 1080 x 1600 BARGAIN CORNER_SUDUT TAWARAN HEBAT MATCHY LEBARAN LEBARAN SEDONDON](https://www.kenangacity.com.my/wp-content/uploads/2023/04/BM2-1080-x-1600-BARGAIN-CORNER_SUDUT-TAWARAN-HEBAT-MATCHY-LEBARAN-LEBARAN-SEDONDON-691x1024.jpg)
![[BM3] 1080 x 1600 BARGAIN CORNER_SUDUT TAWARAN HEBAT MATCHY LEBARAN LEBARAN SEDONDON](https://www.kenangacity.com.my/wp-content/uploads/2023/04/BM3-1080-x-1600-BARGAIN-CORNER_SUDUT-TAWARAN-HEBAT-MATCHY-LEBARAN-LEBARAN-SEDONDON-691x1024.jpg)
Tercari-cari pakaian sedondon untuk seisi keluarga Raya ini? KWC Fashion Wholesale menawarkan tawaran menarik untuk raikan lebaran tahun ini. Dengan pakaian Raya di KWC, satu keluarga akan kelihatan sempurna dan cantik di pagi raya nanti.
Untuk setiap pasangan ibu dan anak, butik di sini mempunyai pelbagai jenis baju kurung berwarna-warni, baju kebaya dan kurung pendek yang direka khas untuk anda. Begitu juga untuk ayah dan anak, kurta yang berkualiti dengan pelbagai warna dan corak.
Raya tak lengkap kalau belum beli extra sepasang untuk orang tua di rumah. Itulah sebabnya kami mempunyai koleksi yang lengkap untuk dibeli bukan sahaja untuk keluarga anda sendiri tetapi juga untuk semua orang di kampung juga. Jadi, jangan membeli hanya sepasang!
Datanglah ke KWC Fashion Wholesale hari ini dan lihat tawaran menarik untuk seisi keluarga. Semuanya pada harga mampu milik dan mengikut gaya fesyen terkini!