


Arus fesyen bergerak cukup pantas dan menjadikan trend fesyen dunia semakin menarik. Perkara ini membuatkan wanita diluar sana semakin berani dalam bereksperimentasi dengan pelbagai gaya fesyen.
Salah satu trend ialah menggayakan pakaian corak. Menyuai padan corak atas corak menghasilkan kelainan pada penampilan dan personaliti diri.
Corak atas corak boleh dipadankan dengan warna yang senada dan minimal. Contoh jika blaus yang dipakai membawa corak yang besar, padankan dengan corak yang minimal atau bersaiz kecil. Padankan dengan akseori yang minimal untuk melengkapi penampilan seseorang.
Dapatkan semuanya di KWC Fashion Wholesale, semuanya dibawah satu bumbung.