• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
KWC Fashion Wholesale

KWC Fashion Wholesale

I Love Fashion at Wholesale Price

  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu
  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu

SANTUNI PENGERTIAN RAMADAN, TEMUI KESEMPURNAAN FESYEN RAYA ANDA DI KWC!

Musim Hari Raya telah tiba! Sudah tiba masanya untuk merancang gaya keterampilan pakaian yang memukau untuk musim perayaan tahun 2024, rakyat Malaysia!

KWC Fashion Wholesale, syurga fesyen dengan lebih daripada 800 kedai, bersedia untuk memenuhi semua keperluan fesyen anda selengkapnya; dari kepala hingga kaki.

Tahun ini, KWC menjemput anda untuk mula membeli-belah dengan menawarkan pelbagai pakaian fesyen Raya, aksesori, keperluan ibadah ketika Ramadan dan banyak lagi. Yang lebih menarik, aneka pilihan berpakaian sedondon sesuai gaya potret keluarga yang sempurna juga ada di sini!

Kembangkan Gaya Abaya Anda Pada Ramadan Ini

Dari kiri : 1. Kurta kuning air (SERI MAHARANI L1-91), Pelikat Sarong (SMA ENTERPRISE L1-23), Cermin mata hitam (HANNATIME L3A-57) 2. Kebarung floral (EMMANUEL FEMME L3A-41), Beg dan Pengikat Rambut (HANNATIME L3A-57), Selendang Organza (HARRY COLLECTION L3A-06), Dongkoh Rantai (TOP WEAR L7-15) 3. Baju Kurung Moden biru (EMMANUEL FEMME L3A-41), Selendang Organza (HARRY COLLECTION L3A-06), Beg dan Pengikat Rambut (HANNATIME L3A-57), Kerongsang (TOP WEAR L7-15)

Bulan suci Ramadan yang telah tiba ini, menandakan Syawal juga bakal menjelang dengan lebih kegembiraan dan banyak pertemuan bermakna – tetapi terpaling penting; misi berpakaian sempurna dan cantik!

Bagi wanita Muslim yang lebih suka berpakaian sederhana, abaya adalah lazimnya sebahagian penting daripada koleksi pakaian musim perayaan.

Jika anda sedang mencari abaya Ramadan yang sempurna, pertimbangkan abaya jenis terbuka (open abaya). Menyerupai kimono, abaya ini bergaya dan serbaguna, dan boleh dipadankan dengan abaya viscose hijau jenis cotton dengan tali pinggang dan dokoh untuk penampilan klasik yang lebih terserlah.

Sama ada anda sedang melakukan urusan harian atau bertemu rakan-rakan, penggayaan abaya begini menambah sentuhan keanggunan kepada apa jua pakaian yang disarung.

Peluang tidak terbatas dengan hanya padanan bersama jeans dan kasut sneakers untuk sentuhan santai. Tetapi dengan padanan yang lebih versatil dengan gaya sesuai lain, anda dapat meningkatkan gaya abaya anda menjadikan fesyen yang lebih unik pada Ramadan kali ini.

TAMPIL MINIMAL DENGAN KEYAKINAN

Tampil minimalis bukanlah sesuatu yang membosankan apabila dipadankan dengan aksesori dan hijab yang bersesuaian.

Cipta penampilan klasik dengan butiran minimalis seperti manik dan sulaman lembut. Untuk lebih kelihatan unik dalam bergaya, padankan dengan beg tangan menarik atau kelainan penggayaan tudung yang lebih berbeza.

Dari Kiri :1. Abaya dengan kardigan berwarna kuning air (FANCY FASHION L1-43A), Rantai Mutiara (TOP WEAR L7-15), Beg (HANNATIME L3A-57) 2. Glam Abaya (FFC L1-19), Shimmer Shawl (NAAZ OCEAN LG-03) 3. Abaya oren (AK FASHION LG-25), Rantai Mutiara (TOP WEAR L7-15,16), Hijab bercorak (NAZO COLLECTION L7-47), Beg (HANNATIME L3A-57)

Percaya bahawa setiap manusia berhak kelihatan cantik dan sempurna, KWC juga menawarkan kepelbagaiaan pilihan gaya minimalis sesuai untuk mereka yang bersaiz besar. Banyaknya pilihan kedai yang mempunyai jenis saiz bermula daripada XL sehinggalah kepada XXXL, anda juga boleh kelihatan berkeyakinan dan bergaya!

Kembalinya “Era” Selendang

From Left :1 Baju Kurung Asimetri Oren (ELDA, L1-36), Selendang Organza (HARRY COLLECTION, L3A-06), Beg (HANNATIME L3A-57), Kerongsang (TOP WEAR L7-15,16) 2. Kebarung Batik (AK COLLECTION L5-61), Selendang (HARRY COLLECTION, L3A-06), Beg (HANNATIME L3A-57), Kerongsang (TOP WEAR L7-15)

Anda merupakan peminat tegar selendang sejak sekian lama?

Tahun ini, kita melihat kemunculan trend fesyen era P. Ramlee dan Saloma kembali – Selendang.

Gunakan pin dokoh atau rantai dokoh untuk mengikat selendang dengan penggayaan lebih fleksibiliti dan keselesaan.

Fesyen Lelaki: Kurta dan Jubah Moden

Kurta moden datang dalam pelbagai bahan fabrik seperti kapas, linen dan satin, untuk memastikan keselesaan dan kebolehadaptasi dengan cuaca dapat digayakan sepanjang berada di luar seharian dan ketika sakan kunjung-mengunjungi di musim perayaan ini.

From Left : 1. Jubah Hijau (ELDA L1-36), Ridak Selendang (AL-IMAAN, L3-38), Kopiah (FATIMAH ABAYAT FASHION L2-02) 2. Kurta (SERI MAHARANI L1-91), Pelikat Sarong (SMA L1-23), Cermin Mata Hitam (HANNATIME L3A-57) 3. Baju Batik (AIN SUNARTI L3-26), Jam Tangan (HANNATIME L3A-57)

Padankan dengan sampin yang sepadan, atau pilih instant sampin untuk lebih keselesaan.

Jubah yang selesa dan diperbuat daripada kapas dan linen, sememangnya semakin popular dari tahun ke tahun. Rekaannya yang modennya – ringkas dan kemas – menjadi hit di kalangan lelaki.

Harmoni Keluarga: Tradisi Raya yang Trendi

Hari Raya adalah masa untuk mencipta kenangan berharga bersama yang tersayang, dan berpakaian sebagai keluarga adalah tradisi yang dikenang dalam menambah lagi keceriaan kepada semangat perayaan.

Tahun ini, mengapa tidak kita memilih gaya yang lebih kelainan daripada biasa? Apa kata kita mencuba lebih dari sekadar koordinasi set penuh satu warna sahaja?

Apa kata anda gabungkan tona warna yang berbeza dari palet warna yang sama, atau kenapa tidak, padankan juga dengan corak batik?

From left : Kurta biru, Kebarung Labuh and Baju Kurung moden sepadan untuk sekeluarga (EMMANUEL FEMME, L3A-41), Abaya biru untuk anak perempuan (AK COLLECTION L5-61), Kurta biru untuk anak lelaki (SERI MAHARANI L1-91)

Wanita boleh memilih ‘Kebarung’ atau Kurung Moden dalam satin bercorak. Sementara itu, lelaki boleh memilih kain batik cotton untuk melengkapi kesempurnaan pada pakaian wanita sekaligus memberi sentuhan berbeza pada potret keluarga Raya anda!

Dengan warna dan reka bentuk yang pelbagai yang ditawarkan oleh koleksi Raya tahun ini, anda juga boleh mencipta penampilan harmoni keluarga dengan gabungan yang sederhana dan berbentuk. 

Sebagai contoh, cuba gayakan ‘Kebarung Labuh’ biru bayi dan ‘Kurung Moden’ dalam cotton eyelid fabrics. Untuk meningkatkan lebih penampilan tradisional dan klasik, padankan dengan ‘Selendang’ yang bersulam dan sebiji brooch atau ‘dokoh’.

Gabungan rayon yang halus dan fabrik linen yang sejuk pasti memberi keselesaan sepanjang hari ketika anda meraikan momen beraya bersama. 

Fesyen Kanak-Kanak Gamit Kenangan Raya Bersama

Hampir mustahil sahaja kemeriahan Raya tanpa memori bersama anak-anak, betul?

Dari kiri: 1. Baju Bercorak Petak (YANCHEE L3A-62), Beg dan Aksesori (HANNAHTIME L3A-57) 2. Baju, seluar dan suspender anak lelaki (LITTLE CUTIE L3A-16), Beg, jam tangan dan cermin mata bergaya (HANNATIME L3A-57) 3. Blaus and Skirt (YANCHEE L3A-62), Beg dan aksesori (HANNATIME L3A-57)

Jemputan Rumah Terbuka yang banyak di musim perayaan pastinya perlu kesesuaian gaya anak-anak dengan padanan baju yang selesa tetapi masih boleh kekal kelihatan menarik!

Gayakan gaun berlengan panjang dengan pilihan materialnya yang sesuai, dipadankan dengan hairband yang comel akan membuatkan si kecil anda kelihatan comel bergaya. 

Sebagai alternatif, skirt berkembar berlapis dipadankan dengan blaus oren yang selesa jenis cotton juga akan memastikan keselesaan anak anda.

KWC Raya Redemption

Jangan lupa untuk menggunakan segala KWC Raya Redemption semasa anda membeli-belah segala kelengkapan dan keperluan Hari Raya anda di KWC. 

Ini adalah cara kami berterima kasih dan menghargai anda kerana telah memilih KWC Mall sebagai gedung pilihan utama. Kunjungi KWC Mall sekarang dan jom jadikan memori Hari Raya tahun ini paling bermakna!

  • Personal Data Protection Act·
  • Terms of Use·

© 2025 KWC Fashion Wholesale

PERBADANAN PENGURUSAN KOMPLEKS KENANGA WHOLESALE CITY (PTG/WP.20/1/2832)