


Editor kami akan memilih kedai untuk disyorkan sebagai kedai pilihan bulan september ini. Selepas pusingan sengit, kami memilih tiga kedai yang patut mendapatkan perhatian anda. Kedai – kedai ini telah mengagumkan dengan pelbagai jenis barang yang berkualiti tinggi dan kami percaya lebih ramai orang harus mengenalinya.
AF Advance Collection di Lot 6 – 12 ada pilihan pertama kami yang merupakan kedai beg yang menawarkan barangan kulit yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Beg mereka terkenal dengan reka bentuk yang comel dan bergaya serta terdapat pelbagai bentuk dan saiz. AF Advance Collection menjaminkan anda menemui apa sahaja yang anda cari dalam kedai ini.
Kedai kedua, Global Min Perfume di Lot 6 – 13A merupakan kedai wangian yang mengimport minyak wangi terus dari Bandung, Indonesia. Ia juga menjual pelbagai wangian Arab yang unik.
Akhir sekali, Melodi di Lot 2 – 89 ialah kedai pakaian wanita dari pakaian kasual, pakaian formal dan tradisional seperti Kebaya.
Seperti yang anda boleh lihat, ketiga – tiga kedai ini merupakan pembekal barangan terbaik dengan harga yang berpatutan. Nasihat kami untuk anda adalah datanglah ke KWC Fashion Wholesale secepat mungkin dan terokai kedai – kedai ini sebelum barang – barang kehabisan stok.