• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
KWC Fashion Wholesale

KWC Fashion Wholesale

I Love Fashion at Wholesale Price

  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu
  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu

The Auspicious Beginning

Dengan penuh semangat dan kegembiraan, kami ingin mengumumkan bahawa KWC Fashion Wholesale bakal menyambut Tahun Baru Cina 2025 dengan tema ‘The Auspicious Beginning’ yang melambangkan harapan baru, tuah, dan kelancaran. Sambutan tahun ini diraikan dengan simbol ular, lambang keberuntungan dan kemakmuran yang menjanjikan suasana meriah dan penuh keceriaan buat semua pengunjung. Bersempena sambutan ini, kami menawarkan pelbagai promosi istimewa dan hadiah eksklusif dari 4 hingga 28 Januari 2025 untuk menjadikan musim perayaan anda lebih bermakna.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan antaranya persembahan tradisional cina iaitu Tarian Naga dan Singa, Aksi Kungfu Teh Cina, aktiviti kesenian, kebudayaan dan kraftangan, pertunjukan Gendang Musim, Okestra Cina dan banyak lagi untuk memastikan hiburan tanpa henti dan keceriaan berpanjangan. Kami amat berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan ini bersama anda. Datanglah beramai-ramai dan raikan Tahun Baru Cina 2025 di KWC Fashion Wholesale dengan penuh keberkatan dan kemakmuran!

Jadual Kempen

Makluman penting : Acara tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.

BELANJA DAN TEBUS
Beli-belah bersama kami setiap hujung minggu untuk mengumpul Edisi Terhad Paket Angpau KWC atau bakul seramik “Lucky”. Sementara stok masih ada.

Terma & Syarat untuk menebus hadiah:

  • Pembeli mesti mengemukakan resit rasmi dengan perbelanjaan minimum setiap penebusan dengan gabungan dua (2) resit.
  • Setiap pelanggan layak menebus hanya satu (1) hadiah setiap hari bagi setiap orang.
  • Pelanggan hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas untuk layak menerima penebusan.
  • Penebusan adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan sementara stok masih ada.
  • Semua penebusan mesti dibuat pada hari pembelian yang sama.
  • Hanya resit asal yang dikeluarkan oleh mana-mana kedai di KWC, termasuk resit cetakan & tulisan tangan dengan cop rasmi atau kad perniagaan akan diterima untuk penebusan.
  • Mana-mana pembeli, pembeli pukal atau borong mesti ditebus oleh pembeli sendiri. Wakil tidak dibenarkan untuk menebus bagi pihak pembeli.
  • Penyewa dan penyewa kiosk/ruang promosi di KWC, pekerja mereka serta keluarga terdekat mereka tidak layak untuk mengambil bahagian dalam penebusan dan/atau menebus bagi pihak pelanggan mereka. Sekiranya mana-mana penyewa kami didapati menyalahgunakan penebusan sepanjang tempoh ini, penalti RM200 akan dikenakan bagi setiap item yang ditebus.
  • Dengan menyertai promosi ini, pelanggan bersetuju untuk terikat dengan terma & syarat yang tertera.
  • KWC berhak untuk meninggalkan, menambah atau meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal. Sebarang Terma & Syarat baharu atau dipinda akan menggantikan Terma & Syarat sedia ada.
  • Pihak Pengurusan berhak untuk MENOLAK sebarang resit yang mencurigakan seperti penyerahan dengan pendua, dicetak semula atau berunsur penipuan.
  • Sekiranya berlaku sebarang pertikaian, keputusan KWC akan dianggap muktamad, konklusif dan tiada surat-menyurat, pertanyaan atau rayuan selanjutnya akan dilayan.
  • Personal Data Protection Act·
  • Terms of Use·

© 2025 KWC Fashion Wholesale

PERBADANAN PENGURUSAN KOMPLEKS KENANGA WHOLESALE CITY (PTG/WP.20/1/2832)