![[ENG 1] SPECIAL FEATURES PROUD MALAYSIAN](https://www.kenangacity.com.my/wp-content/uploads/2024/09/ENG-1-SPECIAL-FEATURES-PROUD-MALAYSIAN-691x1024.webp)
![[ENG 2] SPECIAL FEATURES PROUD MALAYSIAN](https://www.kenangacity.com.my/wp-content/uploads/2024/09/ENG-2-SPECIAL-FEATURES-PROUD-MALAYSIAN-691x1024.webp)
![[ENG 3] SPECIAL FEATURES PROUD MALAYSIAN](https://www.kenangacity.com.my/wp-content/uploads/2024/09/ENG-3-SPECIAL-FEATURES-PROUD-MALAYSIAN-691x1024.webp)
Pada 23 sehingga 25 Ogos lalu, berlangsungnya program TRADISI KITA KEBANGGAAN MALAYSIA dengan kerjasama Locco, Streetmeet dan TikTok Shop Malaysia, program ini bagi mengangkat semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia dan mengalakan pengunjung yang hadir memakai busana tradisi dari pelbagai etnik di Malaysia.
Berlangsung pada sebelah pagi di Taman Kolonial Bangunan Sultan Abdul Samad, persembahan fesyen dengan peragawan dan peragawati mengenakan busana tradisional dari KWC Fashion Wholesale, terdapat pelbagai busana dari pelbagai etnik seperti Melayu, India, Cina, Bidayuh dan pelbagai lagi. Dengan itu juga berlangsunglah perasmian kempen Tradisi Kita Kebanggaan Malaysia.
Pada sebelah petang, berlangsung pula persembahan fesyen “Cintai Batik Kita”, mengangkat batik sebagai tema utama, dan mengabungkan elemen moden dan batik. Terdapat juga persembahan tarian dan nyanyian dari penyanyi tersohor negara Azmi Saad. Program petang itu dieserikan lagi dengan persembahan joget lambak beramai-ramai bersama pengunjung yang hadir.
Dan tidak lupa juga slot “Bual Bicara Busana Kita” bersama En. Afifi Taib, slot ini mendidik masyarakat mengenai sejarah pemakaian Kain Dagang atau Kain Samping dari era 1900. Kesemua busana dan perhiasan ini boleh didapati di KWC Fashion Wholesale.