• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
KWC Fashion Wholesale

KWC Fashion Wholesale

I Love Fashion at Wholesale Price

  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu
  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu

kwc

PRODUCT 1080 X 1600-01
PRODUCT 1080 X 1600-02
PRODUCT 1080 X 1600-03

Kehadiran Ramadan  membangkitakan kemeriahan setiap insan, tidak terkecuali terhadap si comel anda, KWC Fashion Wholesale mengembalikan semula stail Y2K untuk si comel anda!

Trend masa yang pantas berputar telah mengembalikan fesyen Y2K, sudah pastinya anda akan terkenang stail pakaian yang pernah anda kenakan pada suatu masa dahulu. Kali ini cuba anda terapkan pada si comel anda, seperti cetakan corak yang terang , kebaya dengan material berkilat, kasut bertapak tebal, jeans, skirt berlisu dan hiasan rambut yang pelbagai dan comel. Pasti si comel anda teruja dan bergaya mengenakan stail Y2K fesyen ini !

Jom hadirkan diri ke KWC Fahsion Wholesale untuk stail Y2K fesyen untuk si comel anda Mac ini!

Filed Under: Fesyen Kanak-Kanak, Inspirasi Fesyen Tagged With: Laman Utama

PRODUCT-01
PRODUCT-02
PRODUCT-03

Siapa yang tidak mengenali susuk tubuh langsing dan masih berbisa ini, Rozita Che Wan yang pelakon wanita terkenal Malaya ini. Di usia menjejak 50 tahun ini, beliau masih kelihatan semakin cantik dan rapi. Masih aktif dalam bidang lakonan, pengacaraan dan perniagaan. Beliau adalah epitome DIVA  GLAMOUR sebenar!

Dek kejelitaan wajah yang manis rupawan, pemenang Miss Continental 1992 ini masih lagi menjadi duta produk  , model dan sosialita terkenal ibu negara. Mac ini KWC Fashion Wholesale menginspirasikan beliau di dalam koleksi yang dipilih untuk menjadi rujukan anda semua! Baju Kurung Modern, Abaya, Jubah, dan Kebaya pasti menjadi pilihan, “kalau Che Ta bole, tak kan kita tak bole”

Dengan harga yang mesra pelanggan , mari ke KWC Fashion Wholesale Mac ini untuk baju yang cantik lagi menarik sepeti DIVA GLAMOR CHE TA!

Butiran Produk

1KURUNG MODEN DRAPING
NECKLACE
BAG
SHOES
SCARF

RM189.00/PCS
RM39.00/PCS
RM159.00/PCS
RM79.00/PCS
RM35.00/PCS

AZIEDIN ENTERPRISE LOT 1-13A
BAGTWOBAG LOT G-11,19
HANNAHTIME LOT 3A-56,57,58
REVOL LOT LG 7-3A
NAAZ OCEAN LOT G-03

2LACE ABAYA DRESS
NECKLACE
BAG
SHOES
SCARF

RM189.00/PCS
RM39.00/PCS
RM98.00/PCS
RM79.00/PCS
RM35.00/PCS

LIZA NASS LOT 5-43
BAGTWOBAG LOT G-11,19
HANNAHTIME LOT 3A-56,57,58
REVOL LOT 7-3A
NAAZ OCEAN LOT G-03
3DUBAI ABAYA
CLUTCH
BANGLES
SHOES
SCARF
RM150.00/PCS
RM89.OO/PCS
RM35.00/PCS
RM79.00/PCS
RM35.00/PCS

SANAD AMMARI LOT 3A-43
HANNAHTIME LOT 3A-56,57,58
BAGTWOBAG LOT G-11,19
REVOL LOT 7-3A
NAAZ OCEAN LOT G-03

Filed Under: Gaya Selebriti Bajet Rendah, Inspirasi Fesyen Tagged With: Laman Utama

Musim Hari Raya telah tiba! Sudah tiba masanya untuk merancang gaya keterampilan pakaian yang memukau untuk musim perayaan tahun 2024, rakyat Malaysia!

KWC Fashion Wholesale, syurga fesyen dengan lebih daripada 800 kedai, bersedia untuk memenuhi semua keperluan fesyen anda selengkapnya; dari kepala hingga kaki.

Tahun ini, KWC menjemput anda untuk mula membeli-belah dengan menawarkan pelbagai pakaian fesyen Raya, aksesori, keperluan ibadah ketika Ramadan dan banyak lagi. Yang lebih menarik, aneka pilihan berpakaian sedondon sesuai gaya potret keluarga yang sempurna juga ada di sini!

Kembangkan Gaya Abaya Anda Pada Ramadan Ini

Dari kiri : 1. Kurta kuning air (SERI MAHARANI L1-91), Pelikat Sarong (SMA ENTERPRISE L1-23), Cermin mata hitam (HANNATIME L3A-57) 2. Kebarung floral (EMMANUEL FEMME L3A-41), Beg dan Pengikat Rambut (HANNATIME L3A-57), Selendang Organza (HARRY COLLECTION L3A-06), Dongkoh Rantai (TOP WEAR L7-15) 3. Baju Kurung Moden biru (EMMANUEL FEMME L3A-41), Selendang Organza (HARRY COLLECTION L3A-06), Beg dan Pengikat Rambut (HANNATIME L3A-57), Kerongsang (TOP WEAR L7-15)

Bulan suci Ramadan yang telah tiba ini, menandakan Syawal juga bakal menjelang dengan lebih kegembiraan dan banyak pertemuan bermakna – tetapi terpaling penting; misi berpakaian sempurna dan cantik!

Bagi wanita Muslim yang lebih suka berpakaian sederhana, abaya adalah lazimnya sebahagian penting daripada koleksi pakaian musim perayaan.

Jika anda sedang mencari abaya Ramadan yang sempurna, pertimbangkan abaya jenis terbuka (open abaya). Menyerupai kimono, abaya ini bergaya dan serbaguna, dan boleh dipadankan dengan abaya viscose hijau jenis cotton dengan tali pinggang dan dokoh untuk penampilan klasik yang lebih terserlah.

Sama ada anda sedang melakukan urusan harian atau bertemu rakan-rakan, penggayaan abaya begini menambah sentuhan keanggunan kepada apa jua pakaian yang disarung.

Peluang tidak terbatas dengan hanya padanan bersama jeans dan kasut sneakers untuk sentuhan santai. Tetapi dengan padanan yang lebih versatil dengan gaya sesuai lain, anda dapat meningkatkan gaya abaya anda menjadikan fesyen yang lebih unik pada Ramadan kali ini.

TAMPIL MINIMAL DENGAN KEYAKINAN

Tampil minimalis bukanlah sesuatu yang membosankan apabila dipadankan dengan aksesori dan hijab yang bersesuaian.

Cipta penampilan klasik dengan butiran minimalis seperti manik dan sulaman lembut. Untuk lebih kelihatan unik dalam bergaya, padankan dengan beg tangan menarik atau kelainan penggayaan tudung yang lebih berbeza.

Dari Kiri :1. Abaya dengan kardigan berwarna kuning air (FANCY FASHION L1-43A), Rantai Mutiara (TOP WEAR L7-15), Beg (HANNATIME L3A-57) 2. Glam Abaya (FFC L1-19), Shimmer Shawl (NAAZ OCEAN LG-03) 3. Abaya oren (AK FASHION LG-25), Rantai Mutiara (TOP WEAR L7-15,16), Hijab bercorak (NAZO COLLECTION L7-47), Beg (HANNATIME L3A-57)

Percaya bahawa setiap manusia berhak kelihatan cantik dan sempurna, KWC juga menawarkan kepelbagaiaan pilihan gaya minimalis sesuai untuk mereka yang bersaiz besar. Banyaknya pilihan kedai yang mempunyai jenis saiz bermula daripada XL sehinggalah kepada XXXL, anda juga boleh kelihatan berkeyakinan dan bergaya!

Kembalinya “Era” Selendang

From Left :1 Baju Kurung Asimetri Oren (ELDA, L1-36), Selendang Organza (HARRY COLLECTION, L3A-06), Beg (HANNATIME L3A-57), Kerongsang (TOP WEAR L7-15,16) 2. Kebarung Batik (AK COLLECTION L5-61), Selendang (HARRY COLLECTION, L3A-06), Beg (HANNATIME L3A-57), Kerongsang (TOP WEAR L7-15)

Anda merupakan peminat tegar selendang sejak sekian lama?

Tahun ini, kita melihat kemunculan trend fesyen era P. Ramlee dan Saloma kembali – Selendang.

Gunakan pin dokoh atau rantai dokoh untuk mengikat selendang dengan penggayaan lebih fleksibiliti dan keselesaan.

Fesyen Lelaki: Kurta dan Jubah Moden

Kurta moden datang dalam pelbagai bahan fabrik seperti kapas, linen dan satin, untuk memastikan keselesaan dan kebolehadaptasi dengan cuaca dapat digayakan sepanjang berada di luar seharian dan ketika sakan kunjung-mengunjungi di musim perayaan ini.

From Left : 1. Jubah Hijau (ELDA L1-36), Ridak Selendang (AL-IMAAN, L3-38), Kopiah (FATIMAH ABAYAT FASHION L2-02) 2. Kurta (SERI MAHARANI L1-91), Pelikat Sarong (SMA L1-23), Cermin Mata Hitam (HANNATIME L3A-57) 3. Baju Batik (AIN SUNARTI L3-26), Jam Tangan (HANNATIME L3A-57)

Padankan dengan sampin yang sepadan, atau pilih instant sampin untuk lebih keselesaan.

Jubah yang selesa dan diperbuat daripada kapas dan linen, sememangnya semakin popular dari tahun ke tahun. Rekaannya yang modennya – ringkas dan kemas – menjadi hit di kalangan lelaki.

Harmoni Keluarga: Tradisi Raya yang Trendi

Hari Raya adalah masa untuk mencipta kenangan berharga bersama yang tersayang, dan berpakaian sebagai keluarga adalah tradisi yang dikenang dalam menambah lagi keceriaan kepada semangat perayaan.

Tahun ini, mengapa tidak kita memilih gaya yang lebih kelainan daripada biasa? Apa kata kita mencuba lebih dari sekadar koordinasi set penuh satu warna sahaja?

Apa kata anda gabungkan tona warna yang berbeza dari palet warna yang sama, atau kenapa tidak, padankan juga dengan corak batik?

From left : Kurta biru, Kebarung Labuh and Baju Kurung moden sepadan untuk sekeluarga (EMMANUEL FEMME, L3A-41), Abaya biru untuk anak perempuan (AK COLLECTION L5-61), Kurta biru untuk anak lelaki (SERI MAHARANI L1-91)

Wanita boleh memilih ‘Kebarung’ atau Kurung Moden dalam satin bercorak. Sementara itu, lelaki boleh memilih kain batik cotton untuk melengkapi kesempurnaan pada pakaian wanita sekaligus memberi sentuhan berbeza pada potret keluarga Raya anda!

Dengan warna dan reka bentuk yang pelbagai yang ditawarkan oleh koleksi Raya tahun ini, anda juga boleh mencipta penampilan harmoni keluarga dengan gabungan yang sederhana dan berbentuk. 

Sebagai contoh, cuba gayakan ‘Kebarung Labuh’ biru bayi dan ‘Kurung Moden’ dalam cotton eyelid fabrics. Untuk meningkatkan lebih penampilan tradisional dan klasik, padankan dengan ‘Selendang’ yang bersulam dan sebiji brooch atau ‘dokoh’.

Gabungan rayon yang halus dan fabrik linen yang sejuk pasti memberi keselesaan sepanjang hari ketika anda meraikan momen beraya bersama. 

Fesyen Kanak-Kanak Gamit Kenangan Raya Bersama

Hampir mustahil sahaja kemeriahan Raya tanpa memori bersama anak-anak, betul?

Dari kiri: 1. Baju Bercorak Petak (YANCHEE L3A-62), Beg dan Aksesori (HANNAHTIME L3A-57) 2. Baju, seluar dan suspender anak lelaki (LITTLE CUTIE L3A-16), Beg, jam tangan dan cermin mata bergaya (HANNATIME L3A-57) 3. Blaus and Skirt (YANCHEE L3A-62), Beg dan aksesori (HANNATIME L3A-57)

Jemputan Rumah Terbuka yang banyak di musim perayaan pastinya perlu kesesuaian gaya anak-anak dengan padanan baju yang selesa tetapi masih boleh kekal kelihatan menarik!

Gayakan gaun berlengan panjang dengan pilihan materialnya yang sesuai, dipadankan dengan hairband yang comel akan membuatkan si kecil anda kelihatan comel bergaya. 

Sebagai alternatif, skirt berkembar berlapis dipadankan dengan blaus oren yang selesa jenis cotton juga akan memastikan keselesaan anak anda.

KWC Raya Redemption

Jangan lupa untuk menggunakan segala KWC Raya Redemption semasa anda membeli-belah segala kelengkapan dan keperluan Hari Raya anda di KWC. 

Ini adalah cara kami berterima kasih dan menghargai anda kerana telah memilih KWC Mall sebagai gedung pilihan utama. Kunjungi KWC Mall sekarang dan jom jadikan memori Hari Raya tahun ini paling bermakna!

Filed Under: Aktiviti

KWC Sketsa Raya kembali lagi! Menampilkan kisah ‘Langkah Bendul’ tiga beradik dan suasana Raya yang penuh dengan kelakuan klise dalam sebuah keluarga. Saksikan lakonan Top 9 KWC Model Search 2024 yang mempesonakan dengan pakaian Raya terkini dari butik-butik di sini.

Filed Under: Aktiviti

[FA BM] RAYA MASTER VISUAL 2024-02
[FA BM] RAYA MASTER VISUAL 2024-01

Tahun ini KWC Fashion Wholesale membawa tema Legasi Pop Raya dengan hiasan warna warni ‘pop’ dan wayang kulit yang menunjukkan budaya dan tradisi Malaysia yang unik. Pengunjung bukan sahaja rambang mata berbelanja koleksi terkini fesyen Raya, tetapi berpeluang menebus hadiah menarik di kaunter khidmat pelanggan kami bermula 12 Mac – 9 April 2024.

Untuk memeriahkan suasana persiapan Raya, KWC menawarkan hiburan seperti tarian tradisi Melayu dan persembahan muzik alat tradisional, Wayang Kulit , Kompang Adik Beradik serta penampilan selebiti Najwa Latiff, Haiza, In-Team, Aepul Roza (setiap sabtu) dan Sharifah Shahirah (Program Sinar Ramadan) Sepanjang Ramadan, KWC akan dibuka lebih awal, 9.00 pagi untuk kesenangan pengunjung membeli-belah bermula pada 12 Mac – 9 April 2024. Tidak lupa, pengunjung boleh membawa pulang juadah tempatan dari Bazar Ramadan untuk Berbuka Puasa.

Waktu awal pagi|
Date: 12 Mar – 9 Apr 2024
Time: 9am

Hashtag:
#KWCLegasiPopRaya
#KWCFashionWholesale
#Raya2024

Kalendar Acara Raya

 
The schedule and program is subject to changes without further notice

Shoppers Redemption

  1. Bazaar Ramadhan
    • Menampilkan pelbagai juadah tempatan sepanjang Ramadan seperti Mee Kari, Kuih-Muih, Tepung Pelita, Ketupat & Rendang, dan banyak lagi.
      Tarikh: 12 Mac – 9 April 2024.
      Masa: 3pm – 8pm

  2. Sinar Ramadan
    • Sempena Nuzul Quran, KWC Fashion Wholesale bekerjasama dengan Iltizam Relief dan Persatuan Penduduk Sri Selangor akan mengedarkan bubur lambuk sebagai sebahagian daripada projek CSR sepanjang Ramadhan.
      Tarikh: 28 Mac
      Time: 12pm

       

  3. Penampilan Selebriti Setiap Sabtu
    • Temui selebriti anda setiap sabtu pada 2 petang, Najwa Latiff, Haiza, In-Team and Aepul Roza. 
      Tarikh:
      Najwa Latiff (16 Mac)
      Haiza (23 Mac)
      In-Team (28 Mac)
      Aepul Roza (6 Apr)

  4. Drama Pendek Jodoh Untuk Kak Long
    • Tonton drama pendek ‘Jodoh untuk Kak Long’. Berkisah tentang ‘Langkah Bendul’ dalam adik beradiuk dan kerenah dalam sebuah keluarga semasa Hari Raya. Menampilkan Top 9 KWC Model Search 2024 dan fesyen raya terkini di KWC.
  5. Pertandingan Raya Bergaya Si Cilik


    • Pertandingan Raya Bergaya Si Cilik mencari kanak-kanak yang suka bergaya dan ingin memperagakan pakaian hari raya mereka dengan gaya tersendiri. Pakaian baju raya yang terbaik akan memenangi hadiah menarik dari KWC Fashion Wholesale!
      Tarikh: 23 Mac 2024
      Masa: 3.00 p.m
      Lokasi: Lower Ground, Centre Court KWC Fashion Wholesale
      Peserta: Hanya dibuka untuk 20 orang peserta sahaja
      Umur: 12 tahun kebawah
      Tema : Warna Warni Baju Raya 

      Hadiah:
      Pemenang Utama: Hamper Besar + Plaque
      Pemenang Kedua: Hamper Mini + Plague
      Pemenang Ketiga : Hamper Mini + Plague
      Hadiah saguhati x 17 : Alat tulis

      Pendaftaran : Penyertaan dibuka sehingga 20th Mac 2024, 6.00 p.m
      Klik sini : https://forms.gle/FwY9vMyQVpJTLGGA6

    •  
  6. Warna Warni Raya Si Cilik Contest (Coloring Contest)


    • Serlahkan kreativiti anak anda dengan menyertai pertandingan mewarna dan menagi hadiah menarik dari KWC Fashion Wholesale!
      Tarikh: 6 April 2024
      Masa: 3pm
      Lokasi: Lower Ground, Centre Court KWC Fashion Wholesale
      Peserta: Hanya dibuka untuk 20 orang peserta sahaja
      Umur: 12 tahun kebawah

      Hadiah: 
      Pemenang Utama: Hamper Besar + Alat Tulis
      Pemenang Kedua: Hamper Mini + Alat Tulis
      Pemenang Ketiga : Hamper Mini + Alat Tulis
      Hadiah saguhati x 17 : Alat tulis

      Pendaftaran : Penyertaan dibuka sehingga 1st April 2024, 6.00 p.m
      Klik sini : https://forms.gle/6Sxn2eiZgiDk1kSy5

  7. Peraduan Media Sosial : Shopping Raya Sakan
    • MENANGI BAUCAR TUNAI SEHINGGA RM400. Siarkan foto/video Shopping Raya anda di KWC bersama keluarga atau rakan dan tag KWC Fashion Wholesale dengan hashtag #ShoppingRayaSakan #KWCLegasiPopRaya #KWCFashionWholesale.

      Tarikh: 14 – 25 Mac 2024
      Pengumuman Pemenang: 28 Mac 2024

      How to join:
      1. Like & Ikuti FB and TikTok KWC Fashion Wholesale.
      2. Kongsi pos ini.
      3. Siarkan gambar/video raya belanja anda di KWC dan tag page KWC Bersama 3 rakan anda
      4. Masukkan hashtag #ShoppingRayaSakan #KWCLegasiPopRaya #KWCFashionWholesale in the post
      5. Pastikan akaun media sosial anda dalam tetapan umum (Public).

Terma & Syarat Peraduan

  1. Peraduan bermula pada 14 – 25 Mac 2024
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang menetap di Malaysia sahaja.
  3. Peserta dibenarkan menghantar berbilang penyertaan untuk Peraduan tetapi hanya satu penyertaan akan dipertimbangkan untuk hadiah berkenaan dengan Peserta yang sama.
  4. Hadiah mesti dituntut di KWC Fashion Wholesale dan hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan.
  5. Pemenang mesti menunjukkan NRIC mereka dengan nama penuh yang sama seperti yang diberikan pada butiran yang dikongsi melalui mesej peribadi Facebook. Sekiranya Pemenang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah mereka bagi pihak mereka, wakil mesti membawa surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang, salinan bukti identiti Pemenang, dan bukti identiti wakil.
  6. Hadiah tidak boleh ditukar, dipindah milik atau ditebus dalam sebarang bentuk lain atas apa jua sebab. Pemenang bertanggungjawab sepenuhnya untuk kutipan hadiah mereka.
  7. Semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos lain, yuran dan/atau apa-apa jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berkaitan dengan Peraduan ini atau untuk tujuan penebusan hadiah atau perjalanan berkaitan adalah terikat sepenuhnya oleh Pemenang.
  8. Keputusan KWC Fashion Wholesale mengenai keputusan peraduan dianggap muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  9. Data setiap peserta akan dikumpul, disimpan dan diproses untuk tujuan mentadbir dan menilai Peraduan ini. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju dan memberikan hak kepada KWC Fashion Wholesale untuk menggunakan penyerahan peraduan (imej / video) untuk tujuan pemasaran, promosi dan/atau pengiklanan, termasuk media cetak, audio-visual dan sosial, tanpa sekatan atau had dan untuk bilangan kali yang tidak terhad.
  10. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju dan bertanding untuk membenarkan data peribadi mereka dikumpul, diproses dan digunakan untuk aktiviti pemasaran dan promosi KWC Fashion Wholesale.
  11. KWC Fashion Wholesale berhak untuk menggantung, membatalkan atau meminda peraduan dan/atau menyemak dan menyemak terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Dengan terus mengambil bahagian dalam peraduan selepas sebarang semakan terma dan syarat ini, setiap peserta akan dianggap telah bersetuju dengan mana-mana terma baharu atau pindaan sedemikian.
  12. Dengan menyertai Peraduan, adalah dianggap bahawa Peserta bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat Peraduan.

Belanja & Tebus

Beli-belah dengan kami dan berpeluang menebus edisi terhad Sampul Raya KWC, Dulang Kue Raya dan Set Pinggan Seramik Lebaran (dalam 2 resit) di Kaunter Khidmat Pelanggan.

HADIAH 1

Belanja RM90 dan ke atas untuk menebus satu (1) set edisi terhad Sampul Raya KWC.

Terma dan syarat:

  • Setiap pelanggan perlu mengmukakan resit pembelian sebanyak RM90 dan keatas dengan gabungan dua (2) resit.

HADIAH 2

Belanja RM700 dan ke atas untuk menebus satu (1) Dulang Kue Raya dan satu (1) set edisi terhad Sampul Raya KWC.

Terma dan syarat:

  • Setiap pelanggan dibenarkan menggabungkan 2 resit pembelian berjumlah RM700 dan keatas.

 

HADIAH 3

Belanja RM2,000 dan ke atas untuk menebus satu (1) Set Pinggan Seramik Lebaran dan satu (1) edisi terhad Sampul Raya KWC.

Terma dan syarat:

  • Setiap pelanggan dibenarkan menggabungkan 2 resit pembelian berjumlah RM2,000 keatas.
 
 
Terma & Syarat untuk menebus hadiah:
  • Pembeli mesti mengemukakan resit rasmi dengan perbelanjaan minimum setiap penebusan dengan gabungan dua (2) resit.
  • Setiap pelanggan layak menebus hanya 2 sepanjang kempen ini.
  • Pelanggan hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas untuk layak menerima penebusan.
  • Penebusan adalah berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat dan sementara stok masih ada.      
  • Semua penebusan mesti dibuat pada hari pembelian yang sama.
  • Hanya resit asal yang dikeluarkan oleh mana-mana kedai di KWC, termasuk resit cetakan & tulisan tangan dengan cop rasmi atau kad perniagaan akan diterima untuk penebusan.
  • Hadiah penebusan wajib ditebus oleh pelanggan atau pemborong itu sendiri.  Wakil tidak dibenarkan untuk menebus bagi pihak pelanggan.
  • Semua penyewa butik, kiosk, restoran dan pekerja di KWC serta keluarga terdekat  mereka tidak layak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti penebusan dan/atau menebus bagi pihak pelanggan mereka. Sekiranya terdapat mana-mana penyewa kami didapati menyalahgunakan penebusan ini sepanjang tempoh ini, denda RM200 akan dikenakan bagi setiap item yang ditebus.
  • Dengan menyertai promosi ini, pelanggan bersetuju untuk terikat dengan terma & syarat yang tertera.
  • KWC berhak untuk meninggalkan, menambah atau meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal. Sebarang Terma & Syarat baharu atau dipinda akan menggantikan Terma & Syarat sedia ada.
  • Pihak Pengurusan berhak untuk MENOLAK sebarang resit pembelian yang tidak sah/dicetak semula atau berunsurkan penipuan.
  • Sekiranya berlaku sebarang pertikaian, keputusan KWC akan dianggap muktamad, konklusif dan tiada surat- menyurat, pertanyaan atau rayuan selanjutnya akan dilayan.


Filed Under: Aktiviti

Kiddies Corner_accessories 2
Kiddies Corner_celebrity look 2
Kiddies Corner_accessories 3

Peribahasa lama pernah berkata “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ini kerana didikan yang baik mampu melahirkan, generasi yang berjaya. Letaklah cita-cita dan aspirasi yang menarik supaya si comel anda berjalan seiring dengan tranformasi dunia sekarang. Pada Febuari ini, KWC Fashion Wholesale akan menjayakan cita-cita si comel anda! 

Kunjungi para pekedai yang menyediakan kostum kerjaya yang si comel anda inginkan! Pakaian juruterbang, jururawat, bomba dan pelbagai lagi pastinya membuatkan anda dan sicomel rambang mata, pastinya semangat si comel melangkah ke alam persekolahan bertambah ceria dan menyeronokan!

Jangan biarkan si comel anda menanti, mari ke KWC Fashion Wholesale  Febuari ini dapatkan kostum kerjaya yang di inginkan!

Filed Under: Fesyen Kanak-Kanak, Inspirasi Fesyen Tagged With: Laman Utama

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 15
  • Page 16
  • Page 17
  • Page 18
  • Page 19
  • Interim pages omitted …
  • Page 47
  • Go to Next Page »
  • Personal Data Protection Act·
  • Terms of Use·

© 2026 KWC Fashion Wholesale

PERBADANAN PENGURUSAN KOMPLEKS KENANGA WHOLESALE CITY (PTG/WP.20/1/2832)