kwc
Ho! Ho! Ho! Tiada keriangan yang lebih menggambarkan Krismas selain ‘Joyful Nordic Christmas’. KWC Fashion Wholesale dihiasi dengan konsep Scandinavia dan lampu berwarna warni, dikelilingi rusa kutub dan patung Santa. Pengunjung juga boleh bergambar dengan pokok krismas berkonsepkan rekaan nordic di pintu utama dan nikmati pelbagai persembahan serta aktiviti seperti peraduan kosplay, Krismas ‘Par-Tea’ bersama kanak-kanak, Meet and Greet bersama Santa dan ‘Mic On’ dari 1-25 Disember 2023.


BELANJA DAN TEBUS
Tempoh Penebusan : 1 – 25 Dis 2023
Lokasi Penebusan : Kaunter Khidmat Pelanggan
Cara Menebus : Belanja RM1,000 keatas dan tebus satu (1) hadiah.
Pengunjung boleh menggabungkan sehingga 3 resit untuk menebus hadiah.
Kalendar KWC 2024
Cara Menebus : Belanja RM600 keatas dan tebus satu (1) hadiah.
Pengunjung boleh menggabungkan sehingga 3 resit untuk menebus hadiah.
Terma & Syarat untuk menebus hadiah:
- Pembeli mesti mengemukakan resit rasmi dengan perbelanjaan minimum RM600 atau RM1,000 dengan tiga (3) resit gabungan.
- Setiap pelanggan layak menebus hanya dua (2) hadiah setiap hari bagi setiap orang.
- Pelanggan hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas untuk layak menerima penebusan.
- Penebusan adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan sementara stok masih ada.
- Semua penebusan mesti dibuat pada hari pembelian yang sama.
- Hanya resit asal yang dikeluarkan oleh mana-mana kedai di KWC, termasuk resit cetakan & tulisan tangan dengan cop rasmi atau kad perniagaan akan diterima untuk penebusan.
- Mana-mana pembeli, pembeli pukal atau borong mesti ditebus oleh pembeli sendiri. Wakil tidak dibenarkan untuk menebus bagi pihak pembeli.
- Penyewa dan penyewa kiosk/ruang promosi di KWC, pekerja mereka serta keluarga terdekat mereka tidak layak untuk mengambil bahagian dalam penebusan dan/atau menebus bagi pihak pelanggan mereka. Sekiranya mana-mana penyewa kami didapati menyalahgunakan penebusan sepanjang tempoh ini, penalti RM200 akan dikenakan bagi setiap item yang ditebus.
- Dengan menyertai promosi ini, pelanggan bersetuju untuk terikat dengan terma & syarat yang tertera.
- KWC berhak untuk meninggalkan, menambah atau meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal. Sebarang Terma & Syarat baharu atau dipinda akan menggantikan Terma & Syarat sedia ada.
- Pihak Pengurusan berhak untuk MENOLAK sebarang resit yang mencurigakan seperti penyerahan dengan pendua, dicetak semula atau berunsur penipuan.
- Sekiranya berlaku sebarang pertikaian, keputusan KWC akan dianggap muktamad, konklusif tiada surat-menyurat, pertanyaan atau rayuan selanjutnya akan dilayan.
Aktiviti di KWC Fashion Wholesale
Peraduan Kosplay dan ‘Par-Tea’ Krismas Si Cilik kami kembali! Kini, kanak-kanak boleh mempamerkan pakaian Kosplay terbaik mereka untuk dipadankan dengan tema ‘Joyful Nordic Christmas’ sesiapa sahaja boleh menjadi bunga atau berpura-pura sebagai Yogi Bear! Atau, sertai ‘Par-Tea’ Krismas Si Cilik di mana mereka boleh menikmati minum petang yang menyeronokkan dan beramah mesra dengan kawan-kawan lain.
Persembahan Tarian dan Maskot
Setiap hujung minggu, kami akan mengadakan persembahan tarian yang berbeza untuk memastikan pengunjung terhibur. Kami menampilkan Santa dan rakan-rakan beramah mesra bersama pengunjung dan berpeluang bergambar bersama mereka.
Bengkel D.I.Y Kanak-Kanak
Pengunjung yang mempunyai anak-anak juga boleh menyertai Bengkel D.I.Y secara percuma, di mana kanak-kanak boleh merasai pengalaman sendiri dalam mencipta kraftangan untuk dibawa pulang sebagai cenderahati.
Peraduan Kosplay Si Cilik
Tarikh : 9 Dis 2023
Masa : 3PM
Penyertaan : Terhad untuk 20 peserta
Tema Kosplay : Joyful Nordic Christmas
Umur : Bawah 12 tahun
Hadiah
Pakaian Terbaik x 3 : 1 Hamper + plaque
Saguhati (17) : 1 Hamper Mini
Pendaftaran :
- Hantar borang pendaftaran melalui website kenangacity.com.my, dengan subjek Peraduan Kosplay Si Cilik
- Pendaftaran dibuka mulai 28 Nov 2023 dan ditutup pada 7 Dis, 6 petang
‘Par-Tea’ Krismas Si Cilik
Tarikh : 16 Dis 2022
Masa : 3PM
Peserta : Terhad kepada 30 peserta.
Umur : Bawah 10 tahun
Pendaftaran :
- Hantar borang pendaftaran melalui
- Daftar di kenangacity.com.my, dengan subjek ‘Par-Tea’ Krismas Si Cilik
- Pendaftaran dibuka mulai 28 Nov 2022 dan ditutup pada 13 Dis, 6 petang


![[R2] [1] 1080 X 1600 KIDDIES CORNER (PARTY COSTUMES IDEA)](https://www.kenangacity.com.my/wp-content/uploads/2023/10/R2-1-1080-X-1600-KIDDIES-CORNER-PARTY-COSTUMES-IDEA-691x1024.webp)
![[R2] [2] 1080 X 1600 KIDDIES CORNER (PARTY COSTUMES IDEA)](https://www.kenangacity.com.my/wp-content/uploads/2023/10/R2-2-1080-X-1600-KIDDIES-CORNER-PARTY-COSTUMES-IDEA-691x1024.webp)
![[R2] [3] 1080 X 1600 KIDDIES CORNER (PARTY COSTUMES IDEA)](https://www.kenangacity.com.my/wp-content/uploads/2023/10/R2-3-1080-X-1600-KIDDIES-CORNER-PARTY-COSTUMES-IDEA-691x1024.webp)
Perayaan Halloween bakal menjelang tidak lama lagi, pasti terdapat pesta keramaian Hallloween yang akan dihadiri anak-anak anda tidak lama lagi. Dari teman sepermainan, kawan sekolah atau mungkin dari ahli keluarga terdekat, pasti mereka mencari pakaian beragam yang baru bagi disesuaikan dengan acara dan tema yang dikehendaki.
Memenuhi kehendak setiap anak-anak pasti merumitkan seperti pakaian yang sopan, harga berpatutan serta tema yang sesuai dan kesesuaian mengikut umur. Jangan khuatir, di KWC Fashion Wholesale kami menawarkan pelbagai idea dan kostum yang hebat untuk digayakan dengan harga yang sangat menarik!
Pasti pilihan klasik seperti kostum hantu dan ahli sihir adalah pilihan yang selamat dan klasik. Kombinasi seperti warna hitam yang misteri, topeng, serta aksesori mampu melengkapkan idea kostum si comel anda.
Jika anda buntu inginkan kelainan, terdapat pilihan juga seperti kostum dari animasi kartun, filem, adiwira dan komik. Bukan sahaja menarik dan selesa, ianya mampu menceriakan anak-anak anda ketika bersama teman mereka .
Mari berkunjung di KWC Fashion Wholesale Oktober ini untuk pelbagai pilihan menarik sempena pesta Halloween ini!
Butiran Produk
1 | TAJIRO KID SET WATCHES SHOES | RM100.00/PCS | KW MERIT TRADING LOT 3A-70 |
2 | WITCHS KID SET BAG SHOES VAMPIRE KID SET SHOES WATCHES | RM59.90/PCS RM19.50/PCS RM70.00/PCS RM65.90/ PCS RM90.00/PCS RM40.00/PCS | KW MERIT TRADING LOT 3A-70 T-FASHION LOT 3-27 C&E LOT G-88 KW MERIT TRADING LOT 3A-70 C&E LOT G-88 HANNAHTIME LOT 3A-57,58,59 |
3 | DRESS SET KID BAG SHOES | RM69.90/PCS RM20.00/PCS RM70.00/PCS | KW MERIT TRADING LOT 3A-70 |




Sharifah Rose adalah nama bintang yang kian meningkat naik dalam bidang lakonan dan pentas peragaan terutamanya dalam jenama tempatan dan antarabangsa. Beliau dikenali dengan stail yang bergaya, sopan, serta muslimah dan sering kali tampil di dalam televisyen dan majalah.
Pembabitan awal sebagai seorang peragawati melonjakan nama beliau di dalam dunia lakonan dan juga rancangan realiti. Gaya yang manja serta minimalis berjaya memukau perhatian ramai, dan di KWC Fashion Wholesale dengan harga yang berpatutan anda juga bole mengubah stail anda kepada selebriti kegemaran ramai ini.
Bagi mencapai gaya minimalis perhiasan yang sarat tidak diperlukan, cukup sahaja dengan gabungan baju becorak,selendang atau tudung, gaun yang beralun, warna yang senada serta potongan pakaian yang selesa dan longgar. Gayakan juga dengan aksesori yang moden serta memberi impak sepeti cermin mata, tali pinggang, subang, tas tangan serta kasut yang menawan.
Semua ini boleh didapati di KWC Fashion Wholesale Oktober ini dengan harga berpatutan untuk mencapai gaya bintang pilihan ramai, Sharifah Rose!
Butiran Produk
1 | PETER PAN CARDIGAN DRESS PRINTED SHAWL EARINGS BAG SHOES | RM39.00/SET | QASEH LOT 3A-49 |
2 | PRINTED DRESS PRINTED SHAWL RINGS BAG PUMPS SHOES | RM89.00/PCS RM30.00/ PCS RM 75.00/ PCS RM69.00/PCS RM99.00/PCS | BLOOMING COTTON LOT 3A-13A AWEENDA HIJAB LOT LG-13 KIMBERLITE TRADIG LOT 2-52 A PANDAEYES LOT 6-20 C&E LOT G-88 |
3 | BLAZER BLOUSE SKIRT SHAWL BAG BELT SHOES | RM59.00/PCS RM55.OO/PCS RM79.00/PCS RM25.00/PCS RM85.00/PCS Rm45.00/ pcs RM150.00/PCS | BLOOMING COTTON LOT 3A-13A |

![[1] SPECIAL FEATURES (CONCERT OUTFIT STYLE)](https://www.kenangacity.com.my/wp-content/uploads/2023/10/1-SPECIAL-FEATURES-CONCERT-OUTFIT-STYLE-691x1024.webp)
![[2] SPECIAL FEATURES (CONCERT OUTFIT STYLE)](https://www.kenangacity.com.my/wp-content/uploads/2023/10/2-SPECIAL-FEATURES-CONCERT-OUTFIT-STYLE-691x1024.webp)
![[3] SPECIAL FEATURES (CONCERT OUTFIT STYLE)](https://www.kenangacity.com.my/wp-content/uploads/2023/10/3-SPECIAL-FEATURES-CONCERT-OUTFIT-STYLE-691x1024.webp)
Setelah beberapa tahun mengalami arahan sekatan dan penutupan oleh kerajaan, 2023 memberi sinar baru kepada karyawan seni tempatan atau luar negara untuk melakukan konsert. Kumpulan artis ini menjadi bualan ramai atas karya seni atau lagu mereka dan menarik perhatian peminat seluruh dunia untuk menghadiri acara berprestij ini. Malaysia tidak ketinggalan kerana menjadi destinasi pilihan.
Malaysia telah membuktikan negara paling aktif melaksanakan aktiviti konsert ini, peminat tempatan pasti akan berdandan serta bersiap dengan pilihan pakaian mereka. Di KWC Fashion Wholesale pelbagai pilihan pakaian serta akasesori menarik untuk digayakan ketika anda sedang berpesta, anda pasti kelihatan seperti bintang pujaan anda.
Meriahkan suasana konsert, dengan penampilan menarik seperti jacket jemeki berambu, seluar jeans bercorak sulam, gaun labuh, kaca mata, dan pelbagai lagi pilihan yang mampu menyerlahkan anda di hari konsert nanti!
Jadi tunggu apa lagi, singgah di KWC Fashion Wholesale Oktober ini untuk pakaian konsert anda menyerlah seperti bintang!
Butiran Produk
1 | SEQUINS JACKET BLOUSE SET BOOT CUT CARGO PANTS TOTE BAG BRACELET LOAFER SHOES | RM259.00/PCS | KOOKI LOT 1-26 |
2 | SEQUINS CARDIGAN BLOUSE SEQUINS LEGGING BAG BRACELET SHOES | RM229.00/PCS RM89.00/PCS RM2149.00/PCS RM89.00/PCS RM25.00/PCS RM99.00/PCS | KOOKI LOT 1-26 KOOKI LOT 1-26 KOOKI LOT 1-26 HANNAHTIME LOT 3A-56,57,58 BAG TWO BAG LOT G11,19 REVOLVE LOT LG 7-3A |
3 | SEQUINS JACKET CARDIGAN APRON SKIRT LEGGING SEQUINS CLUTCH WEDGES | RM259.00/PCS RM45.00/PCS RM39.00/PCS RM149.00/PCS RM69.90/PCS RM99.00/PCS | KOOKI LOT 1-26 |
- « Go to Previous Page
- Page 1
- Interim pages omitted …
- Page 16
- Page 17
- Page 18
- Page 19
- Page 20
- Interim pages omitted …
- Page 44
- Go to Next Page »