Tahun Baru Cina ini, KWC Fashion Wholesale mengalu-alukan anda ke Tahun Harimau dengan tema “Blooming Prosperity” yang melambangkan percintaan, kemakmuran dan pertumbuhan.
Berjalan-jalan di taman bunga kami yang dikelilingi bunga sakura dan peonies. Anda juga boleh beramah mesra bersama maskot harimau comel kami! Pada hujung minggu, kami akan mengadakan tarian singa dan naga secara langsung, serta persembahan tradisional.
Bukan itu sahaja, kami akan mengadakan permainan interaktif untuk seisi keluarga. Ayuh sertai kami untuk peluang bergambar dan acara menarik dari 8 hingga 31 Januari 2022!
















