Checklist yang paling lengkap untuk perjalanan ibadah Haji dan Umrah tanpa stres

Menunaikan ibadah Haji dan Umrah memerlukan persiapan yang rapi — bukan sahaja dari segi rohani, tetapi juga dari segi kelengkapan bagi memastikan perjalanan ke tanah suci berjalan lancar. Panduan ini dibawakan kepada anda oleh KWC Fashion Wholesale, merangkumi checklist lengkap, barangan tambahan, larangan serta peraturan penting untuk membantu anda membuat persiapan tanpa stres.
Checklist Lengkap Umrah & Haji
1. Dokumen Penting (WAJIB)
- Pasport (sah laku min. 6 bulan)
- Visa Haji / Umrah
- Tiket penerbangan secara digital/print
- Kad pengenalan (NRIC)
- Salinan dokumen (hardcopy & softcopy)
- Buku vaksin (jika perlu)
- Kad debit/kredit & tunai Riyal
2. Pakaian Haji & Umrah
Lelaki:
- 2 pasang ihram
- Tuala pakai-buang
- Songkok lipat/kopiah
- Seluar dalam (untuk luar ihram)
- Seluar umrah, seluar cotton untuk aktiviti ziarah
- Baju biasa (untuk waktu bebas)
Wanita:
- 2–3 pasang telekung / jubah
- Tudung labuh (beberapa helai)
- Stokin & sarung tangan
- Pakaian dalam secukupnya
3. Kasut & Perlindungan Kaki
- Selipar / sandal Haji (anti-slip, selesa, tidak menutup jari & tumit)
- Kasut ringan (untuk perjalanan jauh)
- Plaster / blister patch
- Jangan pakai kasut baru, pastikan kasut anda selesa untuk perjalanan jauh.
4. Beg & Penyimpanan
- Beg besar untuk check-in (ikut peraturan airline)
- Beg sandang kecil (carry on dan daily use)
- Beg kasut
- Uncang / pouch kecil (simpanan duit & telefon)
5. Barangan Penjagaan Diri
(Pastikan TANPA pewangi semasa ihram)
- Sabun
- Syampu
- Berus & ubat gigi
- Tisu basah & tisu kering (optional)
- Deodorant
- Krim pelembap / lip balm
- Sunscreen
6. Ubat-Ubatan & Kesihatan
- Ubat peribadi (ikut preskripsi)
- Panadol / ubat demam
- Minyak angin / balm
- Mask muka
- Hand sanitizer
7. Aksesori Ibadah
- Sejadah travel
- Tasbih
- Al-Quran kecil / app dalam phone
- Buku doa / panduan Haji & Umrah
8. Aksesori Penting
- Tali pinggang ihram (lelaki)
- Botol spray wuduk
- Safety pin
- Pen & buku nota kecil
- Payung / topi
- Cermin mata hitam
- Travel hanger baju jenis lipat
- Sabun cuci baju
- Gunting lipat untuk kegunaan semasa “Tahlul” (simpan dalam beg bagasi check-in)
10. Gadget & Teknologi
- Pengecas telefon
- Power bank
- Adapter plug antarabangsa
- SIM card / roaming plan
- Kipas tangan (optional)
11. Tips Penting (Selalu Orang Terlupa)
- Label semua beg
- Bawa plastik tambahan untuk baju kotor
- Simpan duit di tempat berasingan
- Jangan bawa terlalu banyak barang
12. Peraturan Power Bank (WAJIB TAHU)
- Hand Carry Sahaja – Power bank MESTI dibawa dalam beg kabin — dilarang letak dalam beg bagasi check-in.
- Had Kapasiti – <100Wh (Max 20,000mAh)
- Maksimum 2 unit setiap penumpang
- Power Bank tidak dibenarkan digunakan dalam flight.
- Pastikan power bank anda ada pensijilan keselamatan Antarabangsa seperti UN38.3, CE/ FCC/ UL 2056 dan CCC (3C).
- Semak dan ikut garis panduan Polisi Airline sebelum berlepas untuk elakkan masalah di airport. Setiap airline mungkin ada perbezaan.
- Risiko jika tidah patuh meyebab power bank dirampas di security dan memyebabkan lambat semasa pemeriksaan.
FAQ: Soalan Lazim Mengenai Persiapan Barang Kelengkapan Haji
1. Apakah dokumen yang wajib dibawa oleh jemaah Haji Malaysia?
Jemaah wajib menyediakan Pasport yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan, Visa Haji atau Umrah, tiket penerbangan (digital atau cetak), Kad Pengenalan (NRIC), serta buku vaksin jika perlu.
2. Berapakah kapasiti power bank yang dibenarkan masuk ke dalam kabin pesawat?
Mengikut peraturan penerbangan antarabangsa, power bank mestilah mempunyai had kapasiti kurang daripada 100Wh (maksimum 20,000mAh) dan hanya dibenarkan dibawa di dalam beg kabin (hand carry), bukannya beg bagasi check-in.
3. Bolehkah saya membawa gunting semasa menunaikan Haji?
Boleh, gunting lipat diperlukan untuk kegunaan semasa “Tahallul,” namun ia mestilah disimpan di dalam beg bagasi check-in dan dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam kabin pesawat.
4. Apakah jenis selipar yang paling sesuai untuk jemaah Haji?
Pilihlah selipar atau sandal Haji yang mempunyai ciri anti-slip (tidak licin), selesa untuk berjalan jauh, dan reka bentuknya tidak menutup jari serta tumit bagi memenuhi syarat ihram.
5. Di mana tempat terbaik untuk beli barang kelengkapan Haji di Kuala Lumpur?
KWC Fashion Wholesale di Kuala Lumpur adalah destinasi pilihan utama kerana ia menawarkan pelbagai butik kelengkapan Haji dan Umrah di bawah satu bumbung dengan harga borong yang berpatutan.
6. Adakah terdapat promosi atau baucar untuk jemaah Haji di KWC Fashion Wholesale?
Ya, jemaah boleh menebus baucar tunai bernilai RM50 di Kaunter Khidmat Pelanggan KWC dari 17 April hingga 17 Mei 2026 dengan menunjukkan bukti seperti tiket penerbangan ke Jeddah atau surat tawaran Tabung Haji.

Nikmati baucar tunai RM50 untuk pembelian barangan kelengkapan anda di KWC Fashion Wholesale! Kunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan dan tebus baucar anda dari 17 April hingga 17 Mei 2026.
Bawa salah satu dokumen berikut sebagai bukti menunaikan ibadah Haji/Umrah:
- Tiket penerbangan ke Jeddah
- Surat tawaran daripada Tabung Haji
- Pakej Umrah/Haji daripada agensi pelancongan