• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
KWC Fashion Wholesale

KWC Fashion Wholesale

I Love Fashion at Wholesale Price

  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu
  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu

Laman Utama

PRODUCT-01
PRODUCT-02
PRODUCT-03

Sejak memegang watak yang melonjakkan namanya dalam adaptasi “West Side Story” arahan Steven Spielberg pada tahun 2021, Rachel Zegler tidak pernah berhenti dalam usaha mencapai status sebagai salah satu bakat muda terbaik di Hollywood. Beliau akan membintangi adaptasi “Snow White” oleh Disney pada tahun 2025, menjadikan namanya semakin dikenali. Selain kejayaannya di layar perak, Rachel juga merupakan ikon fesyen dengan gaya unik yang menggabungkan keanggunan moden yang chic dengan sentuhan segar.

Dalam kunjungannya ke Pertunjukan Fesyen Dior di Paris, Rachel tampil anggun dengan gaya yang diilhamkan oleh fesyen Paris. Dia memadankan gaun midi denim dengan blaus putih bersih di bahagian dalam, dilengkapi dengan aksesori beret biru laut dan beg tangan merah terang. Gaya ini elegan dan tidak lapuk dengan sentuhan ceria, sesuai dengan keperibadiannya yang menawan. Dalam sesi fotografi bersama barisan pelakon “West Side Story”, Rachel memilih gaya kasual dengan memadankan kemeja putih berkancing klasik dengan skirt mini hitam dan kasut bertumit platform-ringkas namun penuh bergaya. Pada Anugerah Oscar 2022, dia tampil dengan gaya glamor klasik Hollywood di pentas terbesar Hollywood. Rachel muncul dalam gaun hitam berlabuci yang berkilauan halus, menyerlahkan keanggunan dan sofistikatednya, sekali gus memberi impak besar di karpet merah.

Dengan Rachel Zegler yang semakin dikenali sebagai ikon fesyen, tidak dapat dinafikan ramai yang ingin meniru gaya beliau. Berita baik untuk anda, KWC Fashion Wholesale mempunyai koleksi yang anda perlukan untuk menampilkan gaya serba boleh ala Rachel tanpa membebankan bajet anda. Kunjungi kami sekarang sepanjang Oktober ini!

Filed Under: Gaya Selebriti Bajet Rendah, Inspirasi Fesyen Tagged With: Laman Utama

PRODUCT-01
PRODUCT-02
PRODUCT-03

Pastinya anda masih terkasima dengan gaya “chic” dari drama hit “Emily in Paris” yang hangat diperkatakan. Gaya wanita yang menjadi sorotan di bandar besar pastinya meninggalkan impak kepada mata yang melihat. Di KWC juga, terdapat gaya pakaian yang boleh diadaptasikan dalam gerobok anda supaya anda tidak kalah gaya dengan si Emily.

Kepada anda di luar sana , gaya “layering” telah kembali, dan ini masanya untuk anda merovolusikan gaya yang minimal kepada maksima! Gaya ini walaupun terlalu “bold” tetapi sesuai digayakan oleh muslimah di luar sana yang inginkan kelainan dalam pemakaian.

Padankan gaya yang menarik ini dengan tekstur, potongan, corak, warna  dan cetakan yang berlainan sepeti kemeja, kardigan, jacket, skirt, poncho, seluar jeans dan pelbagai lagi. Dapatkan semua ini di KWC FASHION WHOLESALE pada Oktober ini.

Filed Under: Gaya Muslimah, Inspirasi Fesyen Tagged With: Laman Utama

[ENG 1] SPECIAL FEATURES PROUD MALAYSIAN
[ENG 2] SPECIAL FEATURES PROUD MALAYSIAN
[ENG 3] SPECIAL FEATURES PROUD MALAYSIAN

Pada 23 sehingga 25 Ogos lalu, berlangsungnya program TRADISI KITA KEBANGGAAN MALAYSIA dengan kerjasama Locco, Streetmeet dan TikTok Shop Malaysia, program ini bagi mengangkat semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia dan mengalakan pengunjung yang hadir memakai busana tradisi dari pelbagai etnik di Malaysia. 

Berlangsung pada sebelah pagi di Taman Kolonial Bangunan Sultan Abdul Samad, persembahan fesyen dengan peragawan dan peragawati mengenakan busana tradisional dari KWC Fashion Wholesale, terdapat pelbagai busana dari pelbagai etnik seperti Melayu, India, Cina, Bidayuh dan pelbagai lagi. Dengan itu juga berlangsunglah perasmian kempen Tradisi Kita Kebanggaan Malaysia.

Pada sebelah petang, berlangsung pula persembahan fesyen “Cintai Batik Kita”, mengangkat batik sebagai tema utama, dan mengabungkan elemen moden dan batik. Terdapat juga persembahan tarian dan nyanyian dari penyanyi tersohor negara Azmi Saad. Program petang itu dieserikan lagi dengan persembahan joget lambak beramai-ramai bersama pengunjung yang hadir.

Dan tidak lupa juga slot “Bual Bicara Busana Kita” bersama En. Afifi Taib, slot ini mendidik masyarakat mengenai sejarah pemakaian Kain Dagang atau Kain Samping dari era 1900. Kesemua busana dan perhiasan ini boleh didapati di KWC Fashion Wholesale.

Filed Under: Inspirasi Fesyen, Istimewa Tagged With: Laman Utama

PRODUCT-01
PRODUCT-02
PRODUCT-03

Editor kami akan memilih kedai untuk disyorkan sebagai kedai pilihan bulan september ini. Selepas pusingan sengit, kami memilih tiga kedai yang patut mendapatkan perhatian anda. Kedai – kedai ini telah mengagumkan dengan pelbagai jenis barang yang berkualiti tinggi dan kami percaya lebih ramai orang harus mengenalinya. 

AF Advance Collection di Lot 6 – 12 ada pilihan pertama kami yang merupakan kedai beg yang menawarkan barangan kulit yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Beg mereka terkenal dengan reka bentuk yang comel dan bergaya serta terdapat pelbagai bentuk dan saiz. AF Advance Collection menjaminkan anda menemui apa sahaja yang anda cari dalam kedai ini. 

Kedai kedua, Global Min Perfume di Lot 6 – 13A merupakan kedai wangian yang mengimport minyak wangi terus dari Bandung, Indonesia. Ia juga menjual pelbagai wangian Arab yang unik. 

Akhir sekali, Melodi di Lot 2 – 89 ialah kedai pakaian wanita dari pakaian kasual, pakaian formal dan tradisional seperti Kebaya. 

Seperti yang anda boleh lihat, ketiga – tiga kedai ini merupakan pembekal barangan terbaik dengan harga yang berpatutan. Nasihat kami untuk anda adalah datanglah ke KWC Fashion Wholesale secepat mungkin dan terokai kedai – kedai ini sebelum barang – barang kehabisan stok.

Filed Under: Inspirasi Fesyen, Sudut Tawaran Hebat Tagged With: Laman Utama

PRODUCT R1-01
PRODUCT R1-02
PRODUCT R1-03

Kebaya adalah salah satu pakaian tradisional Malaysia yang terkenal dengan asal usulnya selama ratusan tahun. Kebaya ni dipercayai berasal dari timur tengah, pakaian Arab “qaba” iaitu kot lengan panjang berbutang. Namun kini, setelah ratusan tahun pembudayaan, terdapat pelbagai variasi kebaya yang diselitkan unsur – unsur  tempatan yang unik. Kebaya ini adalah produk kebudayaan Malaysia dan juga merupakan pakaian tradisional yang sering diguna pakai dikalangan kanak – kanak bagi menyambut hari Malaysia.

Sebagai contoh, Kebaya Nyonya biasanya dipakai oleh Peranakan Cina. Ianya diperbuat daripada fabrik tipis seperti sutera yang dihiasi dengan sulaman bunga halus. Ia juga dipakai dengan kain sarung batik warna – warni. Untuk penampilan yang lebih ringkas, Kebarung adalah pilihan yang baik kerana ia sering didatangkan dalam solid colours dengan hiasan halus. Gabungan baju kebaya dan baju kurung ini menampilkan bahagian atas yang panjang serta loose hingga ke lutut untuk keselesaan si pemakai. 

Kadang – kadang, kita mudah lupa akan kebudayaan negara kita, Malaysia. Jadi, dalam usaha mengingatkan anda dan anak – anak anda tentang budaya Malaysia, Mari kunjungi kami di KWC Fashion Wholesale September ini bagi menerokai pelbagai jenis baju Kebaya.

Filed Under: Fesyen Kanak-Kanak, Inspirasi Fesyen Tagged With: Laman Utama

PRODUCT-01
PRODUCT-02
PRODUCT-03

Pemegang 7 pingat emas di SEA games dan merupakan ratu gimnas malaysia, Farah Ann. Beliau bukan sahaja terkenal dengan pencapaian akademik yang merupakan graduan dari Monash University akan tetapi dikenal sebagai fashion icon.

Farah Ann menampilkan diri di acara Kate Spade dengan memakai gaun white lace midi yang menonjolkan kesederhanaan dan clean lines. Pakaian yang diragakan mempunyai silhouette yang anggun dan tidak berlebihan serta hiasan yang minimal. Gaun putih ni sesuai digunakan di majlis formal dan separa formal dimana memiliki kedua-dua elegance dan simplicity. Tambahan pula, Farah Ann hadir di Hugo Boss’ Fall/Winter 2023 Collection dengan bold look, white wrap-style blouse, a high-waisted, wide-leg white trousers dengan checkered blazer yang memancarkan keyakinan diri. 

Walaupun kita mungkin tidak akan jadi pemegang pingat SEA games, mahupun Olimpik bertaraf dunia, kita pasti boleh dress like one! Datanglah ke KWC Fashion Wholesale September ini dan lihat koleksi kami yang mencerminkan gaya Farah Ann.

Filed Under: Gaya Selebriti Bajet Rendah, Inspirasi Fesyen Tagged With: Laman Utama

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 4
  • Page 5
  • Page 6
  • Page 7
  • Page 8
  • Interim pages omitted …
  • Page 35
  • Go to Next Page »
  • Personal Data Protection Act·
  • Terms of Use·

© 2026 KWC Fashion Wholesale

PERBADANAN PENGURUSAN KOMPLEKS KENANGA WHOLESALE CITY (PTG/WP.20/1/2832)