
![[1] YOU YOU BEAUTY](https://www.kenangacity.com.my/wp-content/uploads/2024/07/1-YOU-YOU-BEAUTY-691x1024.webp)
![[2] TOP WEAR](https://www.kenangacity.com.my/wp-content/uploads/2024/07/2-TOP-WEAR-691x1024.webp)
![[3] HANNA TIME](https://www.kenangacity.com.my/wp-content/uploads/2024/07/3-HANNA-TIME-691x1024.webp)
Hai semua para pembaca editor pilihan, pada bulan ini KWC Fashion Wholesale menyajikan pilihan kedai menarik dan terbaik untuk anda kunjungi, pastinya aksesori dan barangan berasas produk kecantikan tidak akan menghampakan anda!
Pilihan pertama kami, kedai YOU YOU BEAUTY yang terletak di lot 2-51, kedai ini popular dan sangat tular di sosial media dek kerana barangan alat solek dan penjagaan kulit yang berkualiti. Barangan ini di import dari China dan Thailand , yang penting harga murah, berkualiti dan pembungkusan yang menarik,sesuai di buat hadiah juga!
Kunjungi juga kedai TOP WEAR yang terletak di lot 1-48.2, terkenal dengan barangan aksesori perkawinan seperti sanggul lintang, cucuk sanggul, pending, kerongsang dan pelbagai lagi. Pastinya membuat anda menjadi tidak keruan dan rambang mata dengan kemilau batu-batauan permata yang cantik. Berkunjunglah bersama pasangan, keluarga atau sahabat di butk TOP WEAR ini!
Dan yang terakhir, pastinya kedai HANNA TIME yang terletak di lot 3A-57,58,59. terdapat pelbagai jenis barangan aksesori seperti beg tangan, jam tangan, topi, kaca mata , aksesori kanak-kanak dan pelbagai lagi, Harga yang ditawarkan juga berpatuatan dan begitu juga kualiti yang terbaik. Pastinya terdapat jugak harga borong disediakan kepada para pembeli yang ingin membeli dengan kuantiti yang banyak.
Jadi kunjungi KWC Fashion Wholesale pada Julai ini, dan kunjungi kedai pilihan editor kami, pastinya anda tidak akan merasa hampa!