• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
KWC Fashion Wholesale

KWC Fashion Wholesale

I Love Fashion at Wholesale Price

  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu
  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu

kwc

Sepanjang kempen ini, KWC akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Daripada fesyen tradisional dan batik, permainan tradisional seperti Batu Seremban dan Congkak, aktiviti kreatif, pertunjukan fesyen hinggalah hiburan untuk kanak-kanak, semua boleh menikmati kemeriahan sambutan Merdeka bersama-sama.

Sepanjang bulan Ogos hingga awal September, jom datang ke KWC bersama keluarga dan rakan-rakan. Sama ada anda ingin mencari Baju Merdeka, menikmati aktiviti menarik atau meluangkan masa bersama keluarga, pasti ada sesuatu yang menyeronokkan untuk anda!

Jadi, ayuh bergaya, berseronok dan raikan semangat Merdeka bersama-sama di KWC! 

Merdeka Fest – 1 Ogos 2026

Mulakan kemeriahan sambutan Merdeka dengan Merdeka Fest pada 1 Ogos 2026!

Dapatkan koleksi Baju Merdeka, pakaian tradisional dan batik yang bergaya, sesuai untuk meraikan Hari Kebangsaan Malaysia dengan penuh gaya. Pengunjung juga boleh mencungkil bakat kreatif melalui Bengkel Mewarna Batik serta mengimbau kembali kenangan zaman dahulu dengan permainan tradisional Malaysia seperti Batu Seremban, Congkak dan permainan papan klasik.

Program Merdeka Fest:

  • 12.00 tengah hari – Bengkel Batik 
  • 1.00 petang – Aktiviti Seni & Kraf oleh Loomie Bloomie 
  • 4.00 petang – Bengkel Batik bersama Erin Zamree & Alam Alif 

KWC X StreetMeet Photoshoot – 8 Ogos 2026, 10.00 Pagi

Perhatian kepada pencinta fesyen dan gaya jalanan! Pada 8 Ogos 2026, KWC bekerjasama dengan Streetmeet untuk menjayakan sesi fotografi bertemakan Merdeka di lokasi ikonik Dataran Merdeka dan menangi baucer tunai KWC. Menggabungkan elemen fesyen dan budaya street style, kolaborasi ini meraikan Malaysia melalui gaya, kreativiti dan semangat Merdeka dengan latar belakang salah satu mercu tanda paling bersejarah di Kuala Lumpur.

Butiran Perhimpunan:

Tarikh: 8 Ogos 2026
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dataran Merdeka

Ayuh tampil dengan gaya Merdeka anda dan bersama-sama meraikan Malaysia dengan penuh gaya dan kreativiti!

Merdeka Fashion Show & Pertandingan Kostum Merdeka Si Cilik – 15 Ogos 2026, 12 Tengah Hari

Siap sedia untuk menyaksikan sebuah perayaan fesyen Malaysia yang penuh warna-warni pada 15 Ogos 2026! Dengan kerjasama Dia Model, KWC akan menganjurkan Merdeka Fashion Show yang menampilkan koleksi dan gaya kreatif bertemakan Merdeka, iinspirasikan daripada kepelbagaian budaya dan warisan Malaysia.

Si comel juga boleh turut serta dalam kemeriahan Pertandingan Kostum Merdeka Si Cilik! Galakkan anak-anak anda untuk tampil dengan pakaian bertemakan Merdeka pilihan mereka sambil menyerlahkan kreativiti, keyakinan diri dan kecintaan terhadap Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk memberikan sokongan kepada para peserta dan nikmati persembahan fesyen yang penuh warna-warni bersama seluruh keluarga!

Butiran Program:

Tarikh:

  • 12.00 tengah hari – Pendaftaran Merdeka Kids Costume Contest bermula 
  • 1.00 petang – Merdeka Kids Costume Contest 
  • 4.00 petang – Merdeka Fashion Show 

Tarian Zumba

Teruskan semangat Merdeka dengan sesi Tarian Zumba yang bertenaga di KWC!

Sertai kami untuk sesi senaman yang penuh dengan muzik, pergerakan dan tenaga positif. Ajak keluarga dan rakan-rakan anda, dan bersedia untuk bergerak mengikut rentak sambil meraikan semangat Merdeka bersama-sama!

Sesi Tarian Zumba:

16 Ogos 2026, Ahad
Masa: 11.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Centre Court, Lower Ground Floor

29 Ogos 2026, Sabtu
Masa: 11.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Alfresco Area, Lower Ground Floor

Merdeka Colouring Contest – 22 Ogos 2026, 1.30 Petang

Panggilan kepada semua si cilik yang berbakat! Pada 22 Ogos 2026, anak-anak boleh menyerlahkan kreativiti mereka melalui Merdeka Colouring Contest yang bertemakan Merdeka. Ini merupakan peluang yang menyeronokkan untuk anak-anak mengekspresikan bakat dan imaginasi seni mereka sambil meraikan warna-warni, budaya dan semangat Malaysia. Bawa anak-anak anda untuk menikmati petang yang penuh dengan kreativiti, keseronokan dan kemeriahan Merdeka!

Bouncy Castle – 29 Ogos – 6 September 2026

Kemeriahan Merdeka diteruskan dengan Bouncy Castle dari 29 Ogos hingga 6 September 2026 di Lower Ground Floor! Sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil, tarikan menarik ini memberikan peluang kepada si cilik untuk bermain, melompat dan mencipta kenangan manis bersama keluarga sempena musim Merdeka.

Shop & Redeem – Lebih Banyak Keseronokan Setiap Kunjungan!

Jadikan pengalaman membeli-belah anda lebih berbaloi!

Dengan perbelanjaan minimum RM50 dalam satu resit di KWC, para pengunjung boleh menebus satu (1) tiket kemasukan Bouncy Castle. Nikmati pengalaman membeli-belah sambil memberikan keseronokan kepada si kecil!

Cara Penebusan:

  • Berbelanja minimum RM50 dalam satu resit di mana-mana kedai KWC yang mengambil bahagian. 
  • Tebus satu (1) tiket kemasukan Bouncy Castle bagi setiap resit yang layak. 
  • Setiap tiket adalah untuk seorang kanak-kanak berumur 4–12 tahun. 
  • Setiap pengunjung boleh menebus maksimum dua (2) tiket sepanjang tempoh kempen. 
  • Kanak-kanak wajib memakai stoking sebelum memasuki Bouncy Castle bagi tujuan kebersihan dan keselamatan. 
  • Penebusan adalah berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat, tertakluk kepada stok yang tersedia. 

Tandakan kalendar anda dan sertai kami sepanjang bulan Ogos hingga awal September untuk meraikan ‘Bangga Bergaya, Semangat Sejiwa’ —mari lah kita menyambut Hari Merdeka bersama-sama penuh dengan fesyen, budaya, kreativiti dan keseronokan untuk seisi keluarga!

Ayuh bergaya, raikan bersama dan cipta kenangan Merdeka yang tidak dapat dilupakan di KWC Fashion Wholesale!

Filed Under: Aktiviti Tagged With: Laman Utama

11 – 19 Julai 2026

Semarakkan kemeriahan Goalalala!, acara riadah keluarga bertemakan bola sepak yang berlangsung sempena Piala Dunia FIFA di KWC!

Dari 11 hingga 19 Julai, nikmati Jualan Runtuh yang menawarkan pelbagai diskaun hebat untuk pakaian sukan, jersi dan barangan berkaitan sukan. Pengunjung yang berbelanja minimum RM50 di gerai Jualan Runtuh yang mengambil bahagian layak menerima satu peluang Spin & Win untuk memenangi baucar tunai KWC serta hadiah-hadiah menarik.

Keseronokan diteruskan pada hujung minggu dengan pelbagai permainan bertemakan bola sepak dan aktiviti mesra keluarga yang sesuai untuk semua peringkat umur. Sama ada anda ingin menguji kemahiran bola sepak atau sekadar menikmati suasana yang meriah, pasti ada aktiviti untuk semua.

Suka menyanyi? Sertai Sesi Karaoke Mic-On dan tampilkan bakat nyanyian anda sambil menghiburkan keluarga dan rakan-rakan.

Bawa seisi keluarga, sertai pelbagai aktiviti menarik, nikmati tawaran membeli-belah yang hebat, dan rasai sendiri kemeriahan Goalalala!, hanya di KWC.

Filed Under: Aktiviti Tagged With: Laman Utama

KWC Model Search 2026

KWC Model Search 2026 Kini Dibuka untuk Pendaftaran

KWC Model Search kembali untuk musim ketujuh sejak dilancarkan pada tahun 2018, meneruskan misinya sebagai platform utama dalam pencarian dan pembangunan bakat baharu dalam industri fesyen dan hiburan. Pendaftaran kini dibuka kepada bakat baharu, amatur, serta model profesional yang bercita-cita untuk menjadi model, pelakon, dan bintang masa depan yang berjaya.

Lebih daripada sekadar pertandingan, KWC Model Search merupakan satu perjalanan transformasi yang direka untuk membina keyakinan, keberanian, dan kepercayaan diri, dengan penekanan terhadap pemerkasaan wanita. Sepanjang program, peserta akan diberi peluang untuk mengembangkan potensi mereka melalui pengalaman praktikal dalam bidang peragaan, kreativiti, dan pengacaraan melalui pelbagai acara serta kempen terpilih.

Ayuh sertai Musim 7 dan melangkah sebagai wajah baharu yang akan bersinar di masa hadapan.

MAKLUMAT PENDAFTARAN

27 April 2026 – 8 Mei 2026

Pendaftaran adalah percuma

Cara Memohon

  • Ikuti KWC FASHION WHOLESALE di Facebook, Instagram & TikTok (@kwcfashionwholesale)
  • Lengkapkan borang pendaftaran atas talian
  • Hantar 2 keping gambar tanpa suntingan (half shot & full body shot) dengan solekan natural

Nota Penting

  • Top 6 peserta KWC Model Search 2022–2025 tidak layak menyertai
  • Semua peserta perlu bersetuju dengan Terma & Syarat serta Dasar Privasi

Uji Bakat (The Auditions)
Peserta yang disenarai pendek akan dihubungi melalui WhatsApp atau panggilan telefon.
Peserta terpilih diwajibkan menghadiri sesi Uji Bakat pada 16 Mei 2026.

Registration Form



Submit two (2) of your best photos in half shot and full shot.

File size limit: 400kb | File format: .jpg, .jpeg only


KWC Model Search 2026 - Terma & Syarat

Filed Under: Aktiviti Tagged With: Laman Utama

Filed Under: Aktiviti Tagged With: Laman Utama

Checklist yang paling lengkap untuk perjalanan ibadah Haji dan Umrah tanpa stres

Menunaikan ibadah Haji dan Umrah memerlukan persiapan yang rapi — bukan sahaja dari segi rohani, tetapi juga dari segi kelengkapan bagi memastikan perjalanan ke tanah suci berjalan lancar. Panduan ini dibawakan kepada anda oleh KWC Fashion Wholesale, merangkumi checklist lengkap, barangan tambahan, larangan serta peraturan penting untuk membantu anda membuat persiapan tanpa stres.

Checklist Lengkap Umrah & Haji

1. Dokumen Penting (WAJIB)

  • Pasport (sah laku min. 6 bulan) 
  • Visa Haji / Umrah 
  • Tiket penerbangan secara digital/print
  • Kad pengenalan (NRIC) 
  • Salinan dokumen (hardcopy & softcopy) 
  • Buku vaksin (jika perlu) 
  • Kad debit/kredit & tunai Riyal 

2. Pakaian Haji & Umrah

Lelaki:

  • 2 pasang ihram 
  • Tuala pakai-buang 
  • Songkok lipat/kopiah
  • Seluar dalam (untuk luar ihram)
  • Seluar umrah, seluar cotton untuk aktiviti ziarah 
  • Baju biasa (untuk waktu bebas) 

Wanita:

  • 2–3 pasang telekung / jubah 
  • Tudung labuh (beberapa helai) 
  • Stokin & sarung tangan 
  • Pakaian dalam secukupnya 

 3. Kasut & Perlindungan Kaki

  • Selipar / sandal Haji (anti-slip, selesa, tidak menutup jari & tumit) 
  • Kasut ringan (untuk perjalanan jauh) 
  • Plaster / blister patch 
  • Jangan pakai kasut baru, pastikan kasut anda selesa untuk perjalanan jauh.

4. Beg & Penyimpanan

  • Beg besar untuk check-in (ikut peraturan airline) 
  • Beg sandang kecil (carry on dan daily use) 
  • Beg kasut 
  • Uncang / pouch kecil (simpanan duit & telefon) 

5. Barangan Penjagaan Diri

(Pastikan TANPA pewangi semasa ihram)

  • Sabun 
  • Syampu 
  • Berus & ubat gigi 
  • Tisu basah & tisu kering (optional)
  • Deodorant  
  • Krim pelembap / lip balm 
  • Sunscreen

 6. Ubat-Ubatan & Kesihatan

  • Ubat peribadi (ikut preskripsi) 
  • Panadol / ubat demam 
  • Minyak angin / balm 
  • Mask muka 
  • Hand sanitizer 

7. Aksesori Ibadah

  • Sejadah travel 
  • Tasbih 
  • Al-Quran kecil / app dalam phone 
  • Buku doa / panduan Haji & Umrah 

8. Aksesori Penting

  • Tali pinggang ihram (lelaki) 
  • Botol spray wuduk 
  • Safety pin 
  • Pen & buku nota kecil 
  • Payung / topi 
  • Cermin mata hitam 
  • Travel hanger baju jenis lipat
  • Sabun cuci baju
  • Gunting lipat untuk kegunaan semasa “Tahlul” (simpan dalam beg bagasi check-in)

 10. Gadget & Teknologi

  • Pengecas telefon
  • Power bank 
  • Adapter plug antarabangsa 
  • SIM card / roaming plan 
  • Kipas tangan (optional)

11. Tips Penting (Selalu Orang Terlupa)

  • Label semua beg 
  • Bawa plastik tambahan untuk baju kotor
  • Simpan duit di tempat berasingan 
  • Jangan bawa terlalu banyak barang 

12. Peraturan Power Bank (WAJIB TAHU)

  • Hand Carry Sahaja – Power bank MESTI dibawa dalam beg kabin — dilarang letak dalam beg bagasi check-in.
  • Had Kapasiti –  <100Wh (Max 20,000mAh)
  • Maksimum 2 unit setiap penumpang
  • Power Bank tidak dibenarkan digunakan dalam flight.
  • Pastikan power bank anda ada pensijilan keselamatan Antarabangsa seperti UN38.3, CE/ FCC/ UL 2056 dan CCC (3C). 
  • Semak dan ikut garis panduan Polisi Airline sebelum berlepas untuk elakkan masalah di airport. Setiap airline mungkin ada perbezaan.
  • Risiko jika tidah patuh meyebab power bank dirampas di security dan memyebabkan lambat semasa pemeriksaan.

FAQ: Soalan Lazim Mengenai Persiapan Barang Kelengkapan Haji

1. Apakah dokumen yang wajib dibawa oleh jemaah Haji Malaysia?

Jemaah wajib menyediakan Pasport yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan, Visa Haji atau Umrah, tiket penerbangan (digital atau cetak), Kad Pengenalan (NRIC), serta buku vaksin jika perlu.

2. Berapakah kapasiti power bank yang dibenarkan masuk ke dalam kabin pesawat?

Mengikut peraturan penerbangan antarabangsa, power bank mestilah mempunyai had kapasiti kurang daripada 100Wh (maksimum 20,000mAh) dan hanya dibenarkan dibawa di dalam beg kabin (hand carry), bukannya beg bagasi check-in.

3. Bolehkah saya membawa gunting semasa menunaikan Haji?

Boleh, gunting lipat diperlukan untuk kegunaan semasa “Tahallul,” namun ia mestilah disimpan di dalam beg bagasi check-in dan dilarang sama sekali dibawa masuk ke dalam kabin pesawat.

4. Apakah jenis selipar yang paling sesuai untuk jemaah Haji?

Pilihlah selipar atau sandal Haji yang mempunyai ciri anti-slip (tidak licin), selesa untuk berjalan jauh, dan reka bentuknya tidak menutup jari serta tumit bagi memenuhi syarat ihram.

5. Di mana tempat terbaik untuk beli barang kelengkapan Haji di Kuala Lumpur?

KWC Fashion Wholesale di Kuala Lumpur adalah destinasi pilihan utama kerana ia menawarkan pelbagai butik kelengkapan Haji dan Umrah di bawah satu bumbung dengan harga borong yang berpatutan.

6. Adakah terdapat promosi atau baucar untuk jemaah Haji di KWC Fashion Wholesale?

Ya, jemaah boleh menebus baucar tunai bernilai RM50 di Kaunter Khidmat Pelanggan KWC dari 17 April hingga 17 Mei 2026 dengan menunjukkan bukti seperti tiket penerbangan ke Jeddah atau surat tawaran Tabung Haji.

Nikmati baucar tunai RM50 untuk pembelian barangan kelengkapan anda di KWC Fashion Wholesale! Kunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan dan tebus baucar anda dari 17 April hingga 17 Mei 2026.

Bawa salah satu dokumen berikut sebagai bukti menunaikan ibadah Haji/Umrah:

  • Tiket penerbangan ke Jeddah 
  • Surat tawaran daripada Tabung Haji 
  • Pakej Umrah/Haji daripada agensi pelancongan

Filed Under: Aktiviti Tagged With: Laman Utama

Di Mana Tempat Beli Kelengkapan Haji & Umrah Lengkap Di Kuala Lumpur?

Menjelang musim Haji, persiapan rapi adalah perkara penting bagi setiap bakal jemaah. Selain persediaan rohani, mendapatkan barang kelengkapan Haji & Umrah yang lengkap dan sesuai adalah kunci kepada perjalanan ibadah yang selesa.

Bagi anda yang mencari kedai kelengkapan Haji di Kuala Lumpur, KWC Fashion Wholesale merupakan destinasi terbaik kerana menawarkan pelbagai pilihan barangan di bawah satu bumbung.

Apakah Senarai Barang Kelengkapan Haji & Umrah Yang Perlu Disediakan?

Di KWC Fashion Wholesale, anda boleh mendapatkan hampir semua kelengkapan Umrah lengkap yang diperlukan, antaranya:

1. Pakaian Haji & Umrah

  • Ihram lelaki 
  • Telekung Umrah wanita 
  • Jubah & tudung patuh syariah 

2. Aksesori Penting Haji

  • Tali pinggang ihram 
  • Selipar Haji yang selesa 
  • Botol spray wuduk 
  • Uncang & beg Haji 

3. Set & Pakej Kelengkapan Haji

  • Set kelengkapan Haji lengkap 
  • Pakej barang Umrah untuk lelaki & wanita 

Kenapa Pilih KWC Fashion Wholesale untuk Barang Umrah?

Sebagai salah satu tempat beli kelengkapan Haji di Kuala Lumpur, KWC Fashion Wholesale menawarkan:

  • Pilihan butik yang pelbagai 
  • Harga borong dan berpatutan 
  • Produk lengkap dari asas hingga premium 
  • Lokasi strategik di Kuala Lumpur 

Ini menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang ingin mencari barang Umrah di Kuala Lumpur dengan mudah dan efisien.

Apakah Tips Persiapan Haji & Umrah Yang Paling Berkesan?

Sebelum berangkat, pastikan anda telah menyediakan:

  • Pakaian ihram / telekung mencukupi 
  • Selipar yang selesa untuk berjalan jauh 
  • Beg kecil untuk barang peribadi 
  • Produk penjagaan diri tanpa pewangi 

Guna Checklist Haji & Umrah [link] disini untuk membantu anda mengelakkan tertinggal barangan penting.

Semua Kelengkapan Haji & Umrah di Satu Tempat

Tidak perlu lagi mencari di banyak lokasi. Jika anda sedang mencari barang kelengkapan Haji & Umrah di Kuala Lumpur, kunjungi KWC Fashion Wholesale untuk pengalaman membeli-belah yang lengkap, mudah dan berbaloi.

Nikmati baucar tunai RM50 untuk pembelian barangan kelengkapan anda di KWC Fashion Wholesale! Kunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan dan tebus baucar anda dari 17 April hingga 17 Mei 2026.

Bawa salah satu dokumen berikut sebagai bukti menunaikan ibadah Haji/Umrah:

  • Tiket penerbangan ke Jeddah 
  • Surat tawaran daripada Tabung Haji 
  • Pakej Umrah/Haji daripada agensi pelancongan

Mulakan perjalanan ibadah anda dengan persiapan terbaik — kerana setiap langkah ke tanah suci bermula dengan kelengkapan yang sempurna.

APAKAH SENARAI BUTIK DI KWC YANG MENJUAL PAKAIAN DAN BARANGAN KELENGKAPAN HAJI?

Pakaian ihram, jubah & kurta lelaki, jubah & telekung wanita, kopiah, Sarung Lengan, Stokin mesra wuduk

FATIMA ABAYAAT, G-13A & L5-23

BUTIK DIYANA, L5-50

NOAH NAZRIN, L5-75

HAJI AKBAR, L5-100

RATU MAKKAH, L6-65

PERALATAN IBADAH & PERIBADI

Botol Spray Wuduk, Sejadah Travel, Beg dan uncang kasut, tasbih, Set Elhajj,  

Kedai Bazaar Arab (Lot 1-16)

HEJAB ARAB, 2-63A

ALARABY WHOLESALE AND RETAIL, 2-56

TELEKUNG

Set telekung, Set telekung travel

TELEKUNG NURJANAH, 2-58, 

TELEKUNG NUR’JANNAH 3-13

AELINN ENTERPRISE 3-33A

KM FASHION, L3-68, L3A-43A, 3A-53

Filed Under: Aktiviti Tagged With: Laman Utama

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Page 4
  • Interim pages omitted …
  • Page 47
  • Go to Next Page »
  • Personal Data Protection Act·
  • Terms of Use·

© 2026 KWC Fashion Wholesale

PERBADANAN PENGURUSAN KOMPLEKS KENANGA WHOLESALE CITY (PTG/WP.20/1/2832)