• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
KWC Fashion Wholesale

KWC Fashion Wholesale

I Love Fashion at Wholesale Price

  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu
  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu

kwc

Persona Raja Sehari – KWC Wedding Fair 2025
Persona Raja Sehari – KWC Wedding Fair 2025

Pesona Raja Sehari: Destinasi Lengkap Persiapan Perkahwinan Anda di KWC Fashion

Wholesale

Jangan Lepaskan Peluang ke Wedding Fair – 1 hingga 3 Ogos 2025

Merancang perkahwinan boleh menjadi sesuatu yang memenatkan — tetapi ia tidak semestinya begitu. Di KWC Fashion Wholesale, kami memahami tekanan dalam membuat persiapan hari bahagia anda. Sebab itu kami menyediakan destinasi lengkap di mana pengantin lelaki, perempuan, dan perancang perkahwinan boleh mendapatkan semua keperluan di bawah satu bumbung.

Sama ada anda merancang majlis tradisional yang meriah atau resepsi moden, KWC Fashion Wholesale ialah destinasi beli-belah persiapan perkahwinan pilihan anda di Kuala Lumpur. Daripada busana dan aksesori, ke lokasi majlis dan khidmat perancang, kami sedia membantu anda merealisasikan impian perkahwinan anda.

Kunjungi KWC Wedding Fair pada 1–3 Ogos 2025 dan rasai sendiri keistimewaan Pesona Raja Sehari.

Acara 3 hari ini akan dipenuhi dengan ilham perkahwinan dan promosi eksklusif. Temui vendor-vendor terkemuka, cuba busana pengantin, dapatkan idea dekorasi, rancang majlis anda, dan pulang dengan inspirasi baharu — semuanya di satu tempat yang selesa danmudah.

Rakan Kolaborasi Yang Turut Serta

  • Amora Bridal – Busana pengantin & perancang perkahwinan
  • Klassique Touch – Dewan perkahwinan & amp; pengurusan majlis
  • Sekali Lafaz (Lot 5-90 & Lot 3A-39) – Busana pengantin
  • Elena (Lot 6-07, 08 & 09) – Aksesori dan dulang hantaran
  • Revol (LG-73A & 75) – Kasut Pengantin

Filed Under: Aktiviti Tagged With: Laman Utama

Setiap pasangan mengimpikan hari bahagia yang bukan sekadar indah di mata, tetapi abadi dalam kenangan—dan segalanya bermula dengan busana yang mencerminkan cinta dan jati diri mereka. Sebagai Raja dan Permaisuri Sehari, penampilan bukan hanya tentang gaya, tetapi simbol kasih, kehormatan, dan warisan yang tidak ternilai.

Dalam keindahan majlis perkahwinan, busana memainkan peranan penting dalam menyatukan tradisi dengan sentuhan moden. Sama ada mengenakan pakaian tradisional yang sarat dengan warisan budaya atau gaya kontemporari yang menawan, setiap pilihan menjadi lambang keunikan dan keindahan cinta yang diraikan.

Kami berbangga dapat menyaksikan bagaimana kepelbagaian budaya Malaysia diterjemah dengan begitu anggun dalam busana pengantin—menggabungkan kehalusan rekaan, kemewahan fabrik, dan nilai tradisi dalam satu perayaan yang penuh makna.

Busana Tradisi Menawan Hati

Pesona Raja Sehari

Dari kiri; 1.Kebaya Brocade biru pastel beserta selendang sulam dan selendang panjang  dr Harry Collection lot 3a-08, Baju Melayu Cekak Musang beserta Sampin dan Tengkolok ndari SEKALI LAFAZ LOT 3A-39 2. Baju Puteri Perak beserta samping lepas,selendang sulam panjang Sampin dan Tengkolok dari Harry Collection lot 3a-08 . 3. Baju Kebaya Songket peach pastel  beserta selendang panjang dari Harry Collection lot 3a-08.

Baju perkahwinan tradisional Melayu bukan sekadar pakaian — ia adalah lambang identiti bangsa dan warisan nenek moyang yang diwarisi turun-temurun. Antaranya jenis busana pengantin tradisional yang sering digayakan termasuklah Baju Kurung, Baju Puteri Perak, Baju Kebaya, Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Teluk Belanga. Busana pakaian kahwin tradisional ini lazimnya diperbuat daripada fabrik mewah seperti songket, sutera atau broked, dihiasi dengan sulaman halus dan disempurnakan dengan selendang yang anggun.

Biarpun rekaan moden semakin digemari, sentuhan kontemporari diserap secara harmoni tanpa menghilangkan keaslian gaya tradisional — mengekalkan keindahan dan nilai estetik busana pengantin Melayu sepanjang zaman.

Padanan selendang panjang daripada fabrik sedondon atau organza bersulam emas menyerlahkan keanggunan si dara. Bagi pengantin lelaki, penampilan tidak lengkap tanpa tengkolok, sampin, dan bengkung, yang memperkukuh elemen kejantanan dalam pakaian pengantin lelaki tradisional Melayu, sekaligus mencipta siluet raja sehari yang penuh karisma dan warisan.

Kebiasaanya padanan busana ini akan digayakan bersama selendang panjang samada dengan material yang sedondon ataupun dengan selendang organza bersulam emas yang indah. Pastinya penampilan pengantin Wanita terserlah keayuannya. Dan bagi Pengantin lelaki tidak akan lengkap gaya si jejaka tanpa Tengkolok, Sampin dan Bengkung, pastinya lengkapan ini akan menaikan seri si jejaka serta memperkukuh elemen pakaian pengantin lelaki tradisional Melayu.

Sentuhan Moden Indah Mempersona

Pesona Raja Sehari

Dari kiri:1. Set blazer dari JIT GLOBAL ENTERPRISE LOT 6-53, Gaun Drapping dari SEKALI LAFAZ LOT 3A-39, 2.Gaun A-Line  dari KOOKI LOT 1-26, 3. Set Baju Kurung Moden dari SEKALI LAFAZ LOT 3A-39.

Kini, busana pengantin moden tampil lebih versatil dan mengikuti arus fesyen semasa. Gaya minimalis dengan potongan ringkas serta rona pastel lembut menjadi pilihan, di samping rekaan ala Barat seperti gaun pengantin labuh yang memanjang indah, diperbuat daripada tulle, renda, organza, dan satin.

Ramai pengantin masa kini memilih untuk mencipta gaya tersendiri dengan menggabungkan elemen moden dan tradisional, menjadikan penampilan mereka unik, elegan, dan penuh pesona.

Bagi pengantin lelaki moden, sut penuh atau tuxedo gaya Barat mendominasi pilihan, dengan warna-warna klasik seperti hitam, navy blue, putih, kelabu serta pastel lembut yang serasi dengan busana pengantin perempuan. Pilihan ini amat sesuai untuk majlis resepsi perkahwinan bertemakan kontemporari.

Aksesori Menyempurnakan Gaya

Dari kiri, 1. Sanggul Lintaang ,Gandik, Pending, rantai bola dan bunga tangan  dari TOP WEAR LOT 7-13A, 2.Gelang Kaki dan Tangan bersadur emas serta Bunga Tangan bersadur emas dari ELENA LOT 6-07,8,9. 3.Kerongsang Peniti Berantai dan Tali Pinggang dan Pending bersadur emas dari Elena Fashion lot 6-07,08,09. 4.

Aksesori pengantin tradisional Melayu bukan sekadar hiasan, tetapi membawa nilai sejarah, budaya dan estetika yang mendalam. Gabungan aksesori dengan busana pengantin tradisional menjadikan pengantin tampak lebih anggun, klasik dan mempesonakan. Aksesori pengantin perempuan seperti cucuk sanggul, pending, tali pinggang besi, gandik , kerongsang dan pelbagai lagi mengindahkan lagi gaya si pemakai. Bagi aksesori pengantin lelaki, Butang Baju Melayu,rantai  labuh,Tanjak atau Tengkolok, keris hiasan, sampin songket dan pelbagai lagi menjadikan penampilan lebih segak dan berkarisma untuk majlis akad nikah atau persandingan Melayu.

Antara aksesori utama ialah cucuk sanggul yang disemat rapi di rambut, gandik megah yang menghiasi dahi, serta kerongsang, pending, dan pin bahu yang menambahkan seri klasik dan kehalusan seni pertukangan Melayu. Tali pinggang logam berukir halus serta perhiasan logam lain pula menyuntik nuansa diraja, menjadikan setiap langkah pengantin perempuan bagaikan langkah seorang permaisuri dalam taman budaya dan tradisi.

Bagi pengantin lelaki, gaya tidak akan lengkap tanpa aksesori yang menyempurnakan penampilan dengan kebanggaan dan makna istiadat. Dari butang Baju Melayu yang diperbuat dengan teliti, rantai panjang hiasan, tanjak atau tengkolok yang megah di kepala, sehinggalah ke keris hiasan yang tersisip kemas dan sampin songket mewah—semuanya membentuk satu citra yang gah dan berkarisma. Setiap item membawa simbol penghormatan terhadap adat resam Melayu serta menyemarakkan keindahan dan kesakralan majlis akad nikah.

Aksesori ini bukan sekadar penyeri—ia adalah jiwa kepada penampilan Raja dan Permaisuri Sehari, yang mengangkat perkahwinan bukan hanya sebagai upacara, tetapi sebagai perayaan cinta yang terpateri dalam warisan bangsa.

Dari kiri,1. Set barang kemas ELENA LOT 6-07, Sarung tangan ribbon KOOKI LOT 1-26, Clip Rambut Ribbon FAMEERA LOT 3A-27, 2. Veil tulle lace pendek SEKALI LAFAZ LOT 3A-39, 3. Sepatu brocade REVOL LOT LG-73A, 75, 4. Anting-anting Mutiara TOP WEAR LOT 7-13A,15,16.

Dalam gaya perkahwinan moden, veil pengantin menjadi elemen penting yang menyemarakkan suasana romantis ala Barat. Diperbuat daripada fabrik tulle halus dan dihias renda atau kristal Swarovski, veil menambahkan dimensi lembut dan anggun kepada siluet pengantin.

Aksesori moden seperti sarung tangan rekaan riben, anting-anting mutiara, serta set barang kemas bertatah batu permata memberi sentuhan kemewahan yang bersahaja. Sepatu pengantin pula diperbuat daripada bahan eksklusif seperti broked atau dihiasi renda dan kristal, melengkapkan keseluruhan gaya yang moden namun kekal klasik.

Pesona Si Comel “Flower Girl”

Dari kiri 1 &2. Kedai Graceful World  di LOT 2-15. 3&4, Kasut Ballerina atau Mary Jane Shoes  di MMC  LOT 1-01

Tiada majlis perkahwinan moden mahupun tradisional yang lengkap tanpa kehadiran si comel pembawa bunga. Biar kecil tubuhnya, kehadiran flower girl menyuntik kegembiraan dan keceriaan yang menghidupkan suasana hari bahagia dengan langkahnya yang lincah dan senyuman yang menawan.

Pemilihan busana flower girl biasanya disesuaikan dengan tema dan palet warna keseluruhan majlis. Gaya gaun Barat yang berinspirasikan busana puteri seperti potongan A-line atau ball gown menjadi pilihan utama, direka menggunakan fabrik lembut seperti tulle, organza, satin, dan renda yang mencipta siluet indah dan menawan.

Warna-warna popular untuk baju flower girl termasuklah putih, ivory dan rona pastel seperti baby pink, mint, lavender atau champagne—sering dipadankan agar seiring dengan tema warna pengantin. Untuk perincian pula, sentuhan seperti manik halus, renda floral, reben besar di belakang atau hiasan bunga tiruan menjadikan penampilan si comel lebih mempesona.

Sudah tentu, gaya flower girl tidak lengkap tanpa aksesori pelengkap seperti headband mutiara, mahkota bunga, bakul kecil berisi kelopak, serta kasut balet atau Mary Jane shoes. Setiap langkah mereka menambah magis dan kenangan manis dalam perayaan cinta yang diraikan.

Oleh itu tunggu apa lagi! Dapatkan inspiriasi untuk hari bahagia anda di KWC FASHION WHOLESALE, terdapat pelbagai jenis rekaan menarik, kualiti hebat dan harga berpatutan. Jom datang ke KWC “I love fashion pada harga borong”.

Filed Under: Aktiviti

Master Design KWC Model Search 2025 Finale [BM] 1
Master Design KWC Model Search 2025 Finale [BM] 2

Filed Under: Aktiviti Tagged With: Laman Utama

TAMPIL SOPAN & BERGAYA UNTUK UMRAH & HAJI 2025: PILIHAN PAKAIAN YANG PRAKTIKAL, SELESA DAN MEMIKAT

Penampilan yang sempurna bukan hanya penting ketika musim perayaan, tetapi juga ketika menunaikan ibadah. Kini tiba masanya untuk anda menyusun persiapan Umrah & Haji 2025 – bukan sahaja dari segi rohani dan mental, malah juga dari segi keterampilan berpakaian untuk umrah dan haji yang selesa, patuh syariah dan bersesuaian dengan suasana Tanah Suci.

Gaya sopan bukan bermaksud mengorbankan rasa yakin. KWC Fashion Wholesale, syurga fesyen dengan lebih daripada 800 kedai, bersedia memenuhi segala keperluan anda daripada busana umrah wanita, pakaian ihram lelaki, hingga ke keperluan ibadah, dari kepala hingga kaki.

Tahun ini, KWC menjemput anda membeli-belah sempena Aidiladha dengan pelbagai pilihan pakaian haji yang sopan, elegan, aksesori, kelengkapan umrah dan haji, serta barangan ibadah korban. Tambah meriah dengan koleksi pakaian sedondon yang pasti menyerikan potret keluarga di pagi Aidiladha.

PERSIAPAN LUAR YANG MELENGKAPI JIWA

Dari Kiri:

  1. Abaya Putih Kristal — Butik Fatima Abayat (Lot G13A); Set Kurta & Seluar, Ridaq – Butik Diyana (Lot 5-50)
  2. Jubah Lelaki dan Ridaq — Butik Fatima Abayat (Lot G13A)
  3. Jubah Kristal Grey — Butik Sanad Amari (Lot 3A-43)

Pakaian ibadah Haji dan Umrah bukan sekadar keperluan fizikal – ia adalah lambang penghormatan terhadap tempat suci, adab sebagai tetamu Allah SWT, dan simbol kesederhanaan yang mendalam. Setiap helaian yang dipilih membawa makna – dari keselesaan ketika bertawaf dan sa’i, hingga keyakinan ketika berdiri di padang Arafah.

Material pakaian umrah, potongan dan kesopanan menjadi pertimbangan utama, agar ibadah dapat dilaksanakan dengan khusyuk tanpa gangguan. Justeru itu, pemilihan pakaian bukan sahaja harus patuh syariah, tetapi juga sesuai dengan keadaan cuaca, pergerakan aktif, dan tempoh masa yang panjang. Memahami keperluan ini, pilihan pakaian yang tersedia hari ini lebih praktikal, mesra pelbagai bentuk tubuh, dan tetap menjaga estetika seorang Muslim dan Muslimah.

KESELESAAN YANG MENGIRINGI LANGKAH MUSLIMAH

Dari Kiri:

  1. Set Jubah & Tudung Lace — Butik Diyana (Lot 5-50)
  2. Abaya Kaftan — Butik Fatima Abaya (Lot G13A)
  3. Set Telekung Putih — Butik Telekung Nurjanah (Lot 3-134)
  4. Set Jubah & Seluar & Tudung — Butik Diyana (Lot 5-50)

Untuk wanita, penampilan sopan dan selesa menjadi keutamaan ketika berada di Tanah Suci. Abaya cotton hitam untuk Umrah, sama ada polos atau disertai purdah, kekal sebagai pilihan paling popular. Ia longgar, tidak jarang, dan sesuai untuk pelbagai bentuk badan.

Namun gaya pakaian Umrah wanita kini lebih fleksibel. Ramai memilih set baju dan seluar longgar yang memudahkan pergerakan – sesuai untuk ziarah, urusan harian atau perjalanan jauh. Dipadankan dengan tudung labuh yang tidak jarang dan mudah dibentuk, gaya ini kekal anggun tanpa menjejaskan kesederhanaan.

Untuk solat, telekung moden untuk Haji dan Umrah yang ringan, mudah dilipat dan tidak panas menjadi pelengkap wajib. Telekung kini hadir dalam pelbagai rekaan dan potongan, memberikan pilihan bergaya tanpa menjejaskan fungsi.

BERSIAP UNTUK IBADAH DENGAN PENUH YAKIN

Dari Kiri:

  1. Set Kurta & Seluar — Kedai Albai (Lot G-36)
  2. Set Jacket & Seluar Libya & Kurta — Kedai Albai (Lot G-36); Kopiah — Kedai Bazaar Arab (Lot 1-16)
  3. Baju T-shirt Kocek Hadapan & Seluar — Kedai Butik Diyana (Lot 5-50); Selipar — Kedai MMC (Lot 1-01)
  4. Set Kain Ihram Jemaah Malaysia — Butik Diyana (Lot 5-50)

Bagi lelaki Muslim, persiapan penampilan bermula dengan memahami keperluan asas ibadah. Kain ihram, dua helai kain putih tanpa jahitan, menjadi simbol penyucian diri dan kesamarataan di sisi Allah SWT. Ia bukan sekadar pakaian, tapi lambang kerendahan hati.

Di luar tempoh ihram, pilihan pakaian juga penting untuk keselesaan harian. Ada yang memilih pakaian lelaki untuk Umrah seperti Libyan suit yang berpotongan ringkas, sesuai untuk solat berjemaah atau ziarah. Kurta Pakistan pula menawarkan kelonggaran dan gaya santai. Bagi mereka yang gemar gaya ringkas dan tidak rumit, t-shirt putih longgar bersama seluar track cotton adalah padanan kasual yang tetap menjaga kesopanan.

Setiap pilihan ini bukan sahaja memberi keselesaan, malah membantu lelaki tampil bersih, kemas dan yakin sepanjang ibadah.

KELENGKAPAN IBADAH YANG MENYEMPURNAKAN PERJALANAN

Dari Kiri:

  1. Al-Quran Kristal & Rehal — Kedai Bazaar Arab (Lot 1-16)
  2. Sejadah — Kedai Bazaar Arab (Lot 1-16)
  3. Sarung Bag Jemaah Haji Malaysia — Kedai Butik Diyana (Lot 5-50)

Selain pakaian, kelengkapan Umrah dan Haji seperti Set Al-Quran Rehal Box, sejadah travel, dan sarung bagasi khas turut menjadi antara keperluan penting. Set rehal yang kompak memudahkan pembacaan Al-Quran di mana sahaja, manakala sejadah travel yang ringan dan mudah dilipat sangat praktikal digunakan dalam perjalanan atau di masjid.

Sarung bagasi khas pula membantu membezakan beg jemaah dengan cetakan yang menandakan destinasi ibadah dan kumpulan tertentu, serta memberi perlindungan kepada bagasi semasa transit. Meskipun ringkas, item-item ini sangat bermakna dalam menyempurnakan perjalanan rohani ke Tanah Suci.

Filed Under: Aktiviti, Inspirasi Fesyen, Istimewa Tagged With: Laman Utama

PRODUCT-01
PRODUCT-02
PRODUCT-03

Filed Under: Gaya Muslimah Tagged With: Laman Utama

1 [KIDDIES CORNER] RAYA MATCHING (1080 x 1600 px)
2 [KIDDIES CORNER] RAYA MATCHING (1080 x 1600 px)
3 [KIDDIES CORNER] RAYA MATCHING (1080 x 1600 px)

Filed Under: Fesyen Kanak-Kanak Tagged With: Laman Utama

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 3
  • Page 4
  • Page 5
  • Page 6
  • Page 7
  • Interim pages omitted …
  • Page 47
  • Go to Next Page »
  • Personal Data Protection Act·
  • Terms of Use·

© 2026 KWC Fashion Wholesale

PERBADANAN PENGURUSAN KOMPLEKS KENANGA WHOLESALE CITY (PTG/WP.20/1/2832)