• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
KWC Fashion Wholesale

KWC Fashion Wholesale

I Love Fashion at Wholesale Price

  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu
  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu

kwc

Dengan penuh semangat dan kegembiraan, kami ingin mengumumkan bahawa KWC Fashion Wholesale bakal menyambut Tahun Baru Cina 2025 dengan tema ‘The Auspicious Beginning’ yang melambangkan harapan baru, tuah, dan kelancaran. Sambutan tahun ini diraikan dengan simbol ular, lambang keberuntungan dan kemakmuran yang menjanjikan suasana meriah dan penuh keceriaan buat semua pengunjung. Bersempena sambutan ini, kami menawarkan pelbagai promosi istimewa dan hadiah eksklusif dari 4 hingga 28 Januari 2025 untuk menjadikan musim perayaan anda lebih bermakna.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan antaranya persembahan tradisional cina iaitu Tarian Naga dan Singa, Aksi Kungfu Teh Cina, aktiviti kesenian, kebudayaan dan kraftangan, pertunjukan Gendang Musim, Okestra Cina dan banyak lagi untuk memastikan hiburan tanpa henti dan keceriaan berpanjangan. Kami amat berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan ini bersama anda. Datanglah beramai-ramai dan raikan Tahun Baru Cina 2025 di KWC Fashion Wholesale dengan penuh keberkatan dan kemakmuran!

Jadual Kempen

Makluman penting : Acara tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.

BELANJA DAN TEBUS
Beli-belah bersama kami setiap hujung minggu untuk mengumpul Edisi Terhad Paket Angpau KWC atau bakul seramik “Lucky”. Sementara stok masih ada.

Terma & Syarat untuk menebus hadiah:

  • Pembeli mesti mengemukakan resit rasmi dengan perbelanjaan minimum setiap penebusan dengan gabungan dua (2) resit.
  • Setiap pelanggan layak menebus hanya satu (1) hadiah setiap hari bagi setiap orang.
  • Pelanggan hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas untuk layak menerima penebusan.
  • Penebusan adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan sementara stok masih ada.
  • Semua penebusan mesti dibuat pada hari pembelian yang sama.
  • Hanya resit asal yang dikeluarkan oleh mana-mana kedai di KWC, termasuk resit cetakan & tulisan tangan dengan cop rasmi atau kad perniagaan akan diterima untuk penebusan.
  • Mana-mana pembeli, pembeli pukal atau borong mesti ditebus oleh pembeli sendiri. Wakil tidak dibenarkan untuk menebus bagi pihak pembeli.
  • Penyewa dan penyewa kiosk/ruang promosi di KWC, pekerja mereka serta keluarga terdekat mereka tidak layak untuk mengambil bahagian dalam penebusan dan/atau menebus bagi pihak pelanggan mereka. Sekiranya mana-mana penyewa kami didapati menyalahgunakan penebusan sepanjang tempoh ini, penalti RM200 akan dikenakan bagi setiap item yang ditebus.
  • Dengan menyertai promosi ini, pelanggan bersetuju untuk terikat dengan terma & syarat yang tertera.
  • KWC berhak untuk meninggalkan, menambah atau meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal. Sebarang Terma & Syarat baharu atau dipinda akan menggantikan Terma & Syarat sedia ada.
  • Pihak Pengurusan berhak untuk MENOLAK sebarang resit yang mencurigakan seperti penyerahan dengan pendua, dicetak semula atau berunsur penipuan.
  • Sekiranya berlaku sebarang pertikaian, keputusan KWC akan dianggap muktamad, konklusif dan tiada surat-menyurat, pertanyaan atau rayuan selanjutnya akan dilayan.

Filed Under: Aktiviti

Tarikh: 21 Dis 2024

Masa: 2PM

Peserta: 1 kumpulan 2 peserta (terhad kepada 10 kumpulan Sahaja).

Umur: 7-12 tahun

Pendaftaran:
1) Hantar borang pendaftaran melalui website kenangacity.com.my, dengan subjek Peraduan
“Misi Santa Cilik”.
2) Pendaftaran dibuka mulai 28 November 2024 dan ditutup pada 15 Disember

Daftar Sekarang

Filed Under: Aktiviti

Tarikh: 7 Dis 2024

Masa: 2PM

Participants: Terhad untuk 20 peserta

Tema Pakaian: “Little Bridgerton Fantasy in Paris”

Umur: Bawah 12 tahun

Hadiah
Pakaian Terbaik x 3 : 1 Hamper + plaque
Saguhati (17) : 1 Hamper Mini

Pendaftaran:
1) Hantar borang pendaftaran melalui website kenangacity.com.my, dengan subjek ‘Peraduan
Kostum Si Cilik’
2) Pendaftaran dibuka mulai 28 Nov 2024 dan ditutup pada 5 Dis, 6 petang

Daftar Sekarang

Filed Under: Aktiviti

Filed Under: Aktiviti

Krismas KWC 2024 bakal membawa anda mengembara ke kota cinta dengan tema memukau, “Krismas di Paris”! Bayangkan keajaiban musim perayaan bertemu pesona Paris yang elegan, itulah yang menanti anda di pusat beli-belah kami. Dari hadiah eksklusif menerusi kempen Belanja & Tebus, peraduan Kostum penuh gaya bertemakan “Little Bridgerton Fantasy in Paris”, hingga
cabaran menyeronokkan dalam “Misi Santa Cilik”, semuanya dirancang untuk mencipta memori indah bersama keluarga dan rakan tersayang. Jangan lupa, setiap hujung minggu dihiasi dengan persembahan tarian memukau, sesi mesra bersama Santa & rakan-rakan, serta Bengkel D.I.Y Kanak-Kanak untuk si kecil. Jom raikan Krismas ysng penuh magis dan gaya di KWC Mall tahun ini!

BELANJA DAN TEBUS

Tempoh Penebusan : 30 November – 25 Disember 2024
Lokasi Penebusan : Kaunter Khidmat Pelanggan

Beg Jut Krismas
Cara Menebus
: Belanja RM1,000 keatas dan tebus satu (1) hadiah.
Pengunjung boleh menggabungkan sehingga 2 resit untuk menebus hadiah.

Kalendar KWC 2025
Cara Menebus
: Belanja RM600 keatas dan tebus satu (1) hadiah.
Pengunjung boleh menggabungkan sehingga 3 resit untuk menebus hadiah.

         

General T&C for all Redemptions:

  • Shoppers must present an official receipt with a minimum spend of RM600 with three (3) combined receipts for Calendar and a minimum spend of RM1,000 with two (2) combined receipts for exclusive gifts.
  • Each customer is eligible to redeem only two (2) times per person throughout the campaign.
  • The customer shall be 18 years old and above to be eligible to the redemption.
  • The redemption is on first come first serve basis and while stock last.
  • All redemption must be made on the same day of purchase.
  • Only original receipts issued by any shop in KWC, including print & handwritten receipts with official stamp or business card will be accepted for redemptions.
  • Any shoppers, bulk buyers or wholesale purchase must be redeemed by the buyer themselves. No representative(s) is allowed to redeem on behalf.
  • Tenants and pushcart/kiosk/promotion spaces tenants of KWC, their employees as well as their immediate families are not eligible to participate in the redemption and/or redeem on behalf of their customers. In the event if any of our tenants found misusing this redemption or hold against this term, RM200 penalty will be imposed per item redeemed.
  • By participating in this promotion, the customers agree to be bound by these terms & conditions.
  • KWC reserves the right to omit, add or amend these Terms & Conditions at any time without any prior notice. Any new or amended Terms & Conditions shall supersede the existing Terms & Conditions.
  • The Management reserves the right to REJECT any submission with duplicated, reprinted or suspicious of fraud receipt(s).
  • In the event of any disputes, the decision of KWC shall deem final, conclusive and no further correspondence, queries or appeal shall be entertained.

Aktiviti di KWC Fashion Wholesale

Selamat datang ke Pertandingan Kostum Krismas kami! Tema tahun ini adalah “Little Bridgerton Fantasy in Paris”. Peserta cilik kami akan memukau anda dengan gaya mereka yang menggabungkan keanggunan era Regency dengan sentuhan pesona Paris. Bersiaplah untuk menyaksikan persembahan kreatif dan penuh gaya yang menakjubkan! atau, sertai aktiviti ‘Misi Santa Cilik’ di
mana mereka boleh mencabar diri mereka dan memupuk semangat pasukan dengan menyelesaikan misi-misi hebat dan mencabar minda!

Peraduan Kostum Si Cilik
Tarikh : 7 Dis 2024
Masa : 2PM
Participants : Terhad untuk 20 peserta
Tema Pakaian : “Little Bridgerton Fantasy in Paris”
Umur : Bawah 12 tahun

Hadiah
Pakaian Terbaik x 3 : 1 Hamper + plaque
Saguhati (17) : 1 Hamper Mini
Pendaftaran :
1) Hantar borang pendaftaran melalui website kenangacity.com.my, dengan subjek ‘Peraduan
Kostum Si Cilik’
2) Pendaftaran dibuka mulai 28 Nov 2024 dan ditutup pada 5 Dis, 6 petang

Misi Santa Cilik
Tarikh : 21 Dis 2024
Masa : 2PM
Peserta : 1 kumpulan 2 peserta (terhad kepada 10 kumpulan Sahaja).
Umur : Bawah 12 tahun

Pendaftaran :
1) Hantar borang pendaftaran melalui website kenangacity.com.my, dengan subjek Peraduan
“Misi Santa Cilik”.
2) Pendaftaran dibuka mulai 28 November 2024 dan ditutup pada 15 Disember

Persembahan Tarian dan Maskot
Setiap hujung minggu, kami akan mengadakan persembahan tarian yang berbeza untuk memastikan pengunjung terhibur. Kami menampilkan Santa dan rakan-rakan beramah mesra bersama pengunjung dan berpeluang bergambar bersama mereka.

Bengkel D.I.Y Kanak-Kanak
Pengunjung yang mempunyai anak-anak juga boleh menyertai Bengkel D.I.Y secara percuma, di mana kanak-kanak boleh merasai pengalaman sendiri dalam mencipta kraftangan untuk dibawa pulang sebagai cenderahati.

Filed Under: Aktiviti

EditorChoice_BM-1
EditorChoice_BM-2
EditorChoice_BM-3

Selamat datang kembali, para pengunjung laman web KWC Fashion Wholesale! Nampaknya anda kembali lagi untuk melihat kedai pilihan kami bagi bulan ini, bukan? Bagaimana kami tahu? Hati-hati dengan pautan yang anda klik di atas talian! Apa pun, untuk bulan November ini, kami telah memilih tiga kedai istimewa yang, pada pandangan kami, benar-benar menyerlahkan gaya terbaik dalam dunia fesyen. Setiap kedai menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dengan koleksi produk yang disusun atur khas untuk pelbagai cita rasa dan gaya.

Raza Collection – Lot 5-41
Dikenali dengan Baju Kurung dan Kebarung yang dijahit indah, Raza Collection memukau kami dengan kepelbagaian warna dan coraknya yang memikat. Setiap rekaannya dihasilkan dengan penuh ketelitian, menggunakan fabrik berkualiti tinggi yang pasti menarik perhatian. Lipatan lembut dan rekaan yang halus memberikan sentuhan elegan pada pakaian tradisional ini, menjadikannya sesuai dipakai bukan hanya untuk perayaan tetapi juga majlis lain. Jika anda ingin menambah elemen sofistikasi dalam almari pakaian anda, Raza Collection wajib anda kunjungi!

Saturday Boutique – Lot 2-27
Terletak tiga tingkat di bawah Raza Collection, Saturday Boutique menawarkan pelbagai pilihan moden dan bergaya. Dress denim overalls dan jumpsuit mereka yang unik segera menarik perhatian kami dengan gabungan keselesaan yang santai dan gaya yang memikat. Tambahan pula, kami tertarik dengan topi berlian mereka yang menambah sentuhan ceria pada mana-mana penampilan. Jika anda ingin mencuba fesyen kontemporari, Saturday Boutique adalah destinasi terbaik untuk anda.

Ryska Collection – Lot G-43A
Akhir sekali, di tingkat bawah, Ryska Collection menyajikan pilihan pakaian Muslimah ready-to-wear yang bergaya dan amat selesa (percayalah!). Koleksi Abaya mereka yang serba guna sahaja sudah cukup untuk membuatkan kami meluangkan masa sepanjang petang di sini. Kami terpukau dengan kualiti fabrik dan perincian yang teliti pada setiap helaian pakaian. Sama ada anda ingin bergaya untuk acara khas atau mencari pakaian kasual yang elegan, Ryska Collection pasti memenuhi keperluan anda.

Itu sahaja untuk bulan November ini! Kami amat mengesyorkan anda meluangkan masa untuk menjelajahi setiap kedai ini kerana masing-masing menawarkan sesuatu yang istimewa untuk menyerikan koleksi pakaian anda. Jadi, kunjungi KWC Fashion Wholesale sekarang dan temui pilihan kegemaran anda yang seterusnya!

Filed Under: Inspirasi Fesyen, Sudut Tawaran Hebat Tagged With: Laman Utama

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 4
  • Page 5
  • Page 6
  • Page 7
  • Page 8
  • Interim pages omitted …
  • Page 46
  • Go to Next Page »
  • Personal Data Protection Act·
  • Terms of Use·

© 2026 KWC Fashion Wholesale

PERBADANAN PENGURUSAN KOMPLEKS KENANGA WHOLESALE CITY (PTG/WP.20/1/2832)