
Sepanjang kempen ini, KWC akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Daripada fesyen tradisional dan batik, permainan tradisional seperti Batu Seremban dan Congkak, aktiviti kreatif, pertunjukan fesyen hinggalah hiburan untuk kanak-kanak, semua boleh menikmati kemeriahan sambutan Merdeka bersama-sama.
Sepanjang bulan Ogos hingga awal September, jom datang ke KWC bersama keluarga dan rakan-rakan. Sama ada anda ingin mencari Baju Merdeka, menikmati aktiviti menarik atau meluangkan masa bersama keluarga, pasti ada sesuatu yang menyeronokkan untuk anda!
Jadi, ayuh bergaya, berseronok dan raikan semangat Merdeka bersama-sama di KWC!
Merdeka Fest – 1 Ogos 2026
Mulakan kemeriahan sambutan Merdeka dengan Merdeka Fest pada 1 Ogos 2026!
Dapatkan koleksi Baju Merdeka, pakaian tradisional dan batik yang bergaya, sesuai untuk meraikan Hari Kebangsaan Malaysia dengan penuh gaya. Pengunjung juga boleh mencungkil bakat kreatif melalui Bengkel Mewarna Batik serta mengimbau kembali kenangan zaman dahulu dengan permainan tradisional Malaysia seperti Batu Seremban, Congkak dan permainan papan klasik.
Program Merdeka Fest:
- 12.00 tengah hari – Bengkel Batik
- 1.00 petang – Aktiviti Seni & Kraf oleh Loomie Bloomie
- 4.00 petang – Bengkel Batik bersama Erin Zamree & Alam Alif
KWC X StreetMeet Photoshoot – 8 Ogos 2026, 10.00 Pagi
Perhatian kepada pencinta fesyen dan gaya jalanan! Pada 8 Ogos 2026, KWC bekerjasama dengan Streetmeet untuk menjayakan sesi fotografi bertemakan Merdeka di lokasi ikonik Dataran Merdeka dan menangi baucer tunai KWC. Menggabungkan elemen fesyen dan budaya street style, kolaborasi ini meraikan Malaysia melalui gaya, kreativiti dan semangat Merdeka dengan latar belakang salah satu mercu tanda paling bersejarah di Kuala Lumpur.
Butiran Perhimpunan:
Tarikh: 8 Ogos 2026
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dataran Merdeka
Ayuh tampil dengan gaya Merdeka anda dan bersama-sama meraikan Malaysia dengan penuh gaya dan kreativiti!
Merdeka Fashion Show & Pertandingan Kostum Merdeka Si Cilik – 15 Ogos 2026, 12 Tengah Hari
Siap sedia untuk menyaksikan sebuah perayaan fesyen Malaysia yang penuh warna-warni pada 15 Ogos 2026! Dengan kerjasama Dia Model, KWC akan menganjurkan Merdeka Fashion Show yang menampilkan koleksi dan gaya kreatif bertemakan Merdeka, iinspirasikan daripada kepelbagaian budaya dan warisan Malaysia.
Si comel juga boleh turut serta dalam kemeriahan Pertandingan Kostum Merdeka Si Cilik! Galakkan anak-anak anda untuk tampil dengan pakaian bertemakan Merdeka pilihan mereka sambil menyerlahkan kreativiti, keyakinan diri dan kecintaan terhadap Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk memberikan sokongan kepada para peserta dan nikmati persembahan fesyen yang penuh warna-warni bersama seluruh keluarga!
Butiran Program:
Tarikh:
- 12.00 tengah hari – Pendaftaran Merdeka Kids Costume Contest bermula
- 1.00 petang – Merdeka Kids Costume Contest
- 4.00 petang – Merdeka Fashion Show
Tarian Zumba
Teruskan semangat Merdeka dengan sesi Tarian Zumba yang bertenaga di KWC!
Sertai kami untuk sesi senaman yang penuh dengan muzik, pergerakan dan tenaga positif. Ajak keluarga dan rakan-rakan anda, dan bersedia untuk bergerak mengikut rentak sambil meraikan semangat Merdeka bersama-sama!
Sesi Tarian Zumba:
16 Ogos 2026, Ahad
Masa: 11.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Centre Court, Lower Ground Floor
29 Ogos 2026, Sabtu
Masa: 11.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Alfresco Area, Lower Ground Floor
Merdeka Colouring Contest – 22 Ogos 2026, 1.30 Petang
Panggilan kepada semua si cilik yang berbakat! Pada 22 Ogos 2026, anak-anak boleh menyerlahkan kreativiti mereka melalui Merdeka Colouring Contest yang bertemakan Merdeka. Ini merupakan peluang yang menyeronokkan untuk anak-anak mengekspresikan bakat dan imaginasi seni mereka sambil meraikan warna-warni, budaya dan semangat Malaysia. Bawa anak-anak anda untuk menikmati petang yang penuh dengan kreativiti, keseronokan dan kemeriahan Merdeka!
Bouncy Castle – 29 Ogos – 6 September 2026
Kemeriahan Merdeka diteruskan dengan Bouncy Castle dari 29 Ogos hingga 6 September 2026 di Lower Ground Floor! Sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil, tarikan menarik ini memberikan peluang kepada si cilik untuk bermain, melompat dan mencipta kenangan manis bersama keluarga sempena musim Merdeka.
Shop & Redeem – Lebih Banyak Keseronokan Setiap Kunjungan!
Jadikan pengalaman membeli-belah anda lebih berbaloi!
Dengan perbelanjaan minimum RM50 dalam satu resit di KWC, para pengunjung boleh menebus satu (1) tiket kemasukan Bouncy Castle. Nikmati pengalaman membeli-belah sambil memberikan keseronokan kepada si kecil!
Cara Penebusan:
- Berbelanja minimum RM50 dalam satu resit di mana-mana kedai KWC yang mengambil bahagian.
- Tebus satu (1) tiket kemasukan Bouncy Castle bagi setiap resit yang layak.
- Setiap tiket adalah untuk seorang kanak-kanak berumur 4–12 tahun.
- Setiap pengunjung boleh menebus maksimum dua (2) tiket sepanjang tempoh kempen.
- Kanak-kanak wajib memakai stoking sebelum memasuki Bouncy Castle bagi tujuan kebersihan dan keselamatan.
- Penebusan adalah berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat, tertakluk kepada stok yang tersedia.
Tandakan kalendar anda dan sertai kami sepanjang bulan Ogos hingga awal September untuk meraikan ‘Bangga Bergaya, Semangat Sejiwa’ —mari lah kita menyambut Hari Merdeka bersama-sama penuh dengan fesyen, budaya, kreativiti dan keseronokan untuk seisi keluarga!
Ayuh bergaya, raikan bersama dan cipta kenangan Merdeka yang tidak dapat dilupakan di KWC Fashion Wholesale!