• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
KWC Fashion Wholesale

KWC Fashion Wholesale

I Love Fashion at Wholesale Price

  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu
  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu

Raya Shopping dengan lebih Ganjaran & Keseronokan

MASTER VISUAL FOR WEBSITE-BM 01
MASTER VISUAL FOR WEBSITE-BM 02
MASTER VISUAL FOR WEBSITE-BM 03

Raya di Malaysia bukan sekadar satu perayaan — ia adalah tentang setiap detik bermakna, daripada perjalanan balik kampung, gelak tawa di rumah terbuka, hingga saat berhias indah untuk bertemu keluarga serta rakan-rakan dengan penuh keyakinan dan kegembiraan. Di KWC Fashion Wholesale, perjalanan fesyen Raya anda bermula di sini, semuanya di bawah satu bumbung, menjadikan persiapan Raya lebih mudah, menyeronokkan dan bebas tekanan.

Daripada perancangan awal Raya hingga ke saat-saat akhir membeli-belah, KWC menghimpunkan ratusan kedai fesyen yang menawarkan rekaan dan trend Raya terkini. Terokai Baju Kurung yang anggun, Kebaya moden, pakaian lelaki yang bergaya, busana kanak-kanak yang comel serta aksesori fesyen dari hujung kepala hingga ke kaki — pilihan lengkap untuk setiap gaya, saiz dan bajet. Tak perlu lagi berkejar dari satu pusat beli-belah ke pusat yang lain; di KWC, gaya Raya anda siap dengan mudah.

Raya kali ini, pengalaman membeli-belah di KWC menjadi lebih istimewa. Beli-belah dan nikmati KWC Raya Shopping Rewards, serta raikan suasana perayaan dengan pelbagai persembahan berwarna-warni dan aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga. Kerana beli-belah Raya di KWC bukan sahaja lebih mudah — ia lebih ceria, lebih meriah, dan lebih bermakna untuk dikongsi bersama.

PROGRAM BELI & TEBUS

Dapatkan ganjaran istimewa apabila anda membeli-belah di KWC! Tebus hadiah percuma anda di Kaunter Khidmat Pelanggan yang terletak di Centre Court, Aras Bawah.

    1. Edisi Terhad Sampul Raya KWC
      • Tebus satu (1) set Sampul Raya KWC dengan perbelanjaan minimum RM80.
      • Maksimum dua (2) resit digabungkan.
      • Kemukakan resit rasmi atau resit/bil tulisan tangan dengan cop syarikat sebagai bukti pembelian.

  1.  

    1. Bekas Kaca• Tebus satu (1) unit bekas kaca dengan perbelanjaan minimum RM700.
      • Maksimum dua (2) resit digabungkan.
      • Kemukakan resit rasmi atau resit/bil tulisan tangan dengan cop syarikat sebagai bukti pembelian.

  1.  

    1. Kaserol Kaca 2 liter

      • Tebus satu (1) unit kaserol kaca dengan perbelanjaan minimum RM1,500.
      • Maksimum tiga (3) resit digabungkan.
      • Kemukakan resit rasmi atau resit/bil tulisan tangan dengan cop syarikat sebagai bukti pembelian.

PROGRAM & AKTIVITI RAYA

Raikan musim Raya dan Ramadan di KWC Fashion Wholesale dengan pelbagai program dan aktiviti menarik yang direka untuk menggembirakan semua. Daripada fesyen dan muzik hingga makanan serta perayaan meriah, pasti ada sesuatu yang happening di KWC untuk menjadikan kunjungan anda lebih meriah dan berwarna-warni.

Program Yang Tidak Boleh Dilepaskan!

KWC RAYA FASHION SHOW

11 Februari 2026 | 11.00 pagi – 2.00 petang
Saksikan koleksi fesyen Raya terbaik dalam satu persembahan spektakular. KWC Raya Fashion Show mempamerkan rekaan dan trend Raya terkini, termasuk koleksi terbaru daripada Sekali Lafaz. Jangan lepaskan detik istimewa apabila Iman Troye tampil di pentas utama — satu moment wajib untuk pencinta fesyen dan muzik.

 

SOROTAN SELEBRITI & MUZIK KWC

Sambutan Raya tidak lengkap tanpa muzik, tenaga, dan wajah-wajah yang dikenali. Di KWC, kami menggabungkan dunia fesyen dan hiburan untuk memastikan suasana perayaan sentiasa hidup dan meriah.

  • 11 Feb, 11am – 2pm: KWC Raya Fashion Show bersama Iman Troye
  • 1 Mar, 2pm: Suasana Raya bersama Adi Priyo
  • 7 Mar, 11am – 2pm: Alunan Jiwa MESTICA
  • 15 Mar, 2pm: Raya Ceria bersama Azzam Sham
  • 1, 8 & 15 Mar, 12pm: Ceria Meriah Bersama Kompang 5Beradik
  • 21, 22, 28 Feb, 8 & 14 Mar, 2pm: Persembahan Muzik Nostalgia oleh The Arpeggios

DEMONSTRASI MASAKAN SELAMAT BERBUKA PUASA

21 Februari & 7 Mac | 3.00 petang
Belajar memasak juadah Raya kegemaran bersama Chef Che Matt, yang akan berkongsi resipi istimewa dan tip memasak. Temui rahsia untuk menjadikan rendang lebih sedap dan dapatkan inspirasi untuk menyediakan hidangan lazat untuk keluarga dan orang tersayang sepanjang Ramadan.

KARNIVAL RAMADAN

Berbuka puasa di KWC dengan Karnival Ramadan, menampilkan lebih 20 gerai makanan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan. Daripada hidangan tempatan hingga kudapan Ramadan yang menyenangkan, ini adalah tempat terbaik untuk menikmati Iftar bersama keluarga dan rakan-rakan.

RAYA FEST

27 Februari – 2 Mac 2026 | ⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
Raikan Raya selama empat hari penuh keseronokan apabila KWC melanjutkan waktu operasi hingga 10.00 malam. Nikmati suasana meriah dengan pelbagai aktiviti, persembahan, dan kejutan sepanjang pusat membeli-belah.

Highlight Special Event:
28 Februari | “Bring Your Tiffin” Potluck Iftar bersama LOCCO
Semua orang dijemput untuk berkongsi makanan, gelak tawa, dan suasana hangat bersama-sama. Nantikan cabutan bertuah, muzik secara langsung, dan aktiviti interaktif yang menjadikan setiap malam satu moment yang tak terlupakan.

Shopper Redemption Standard Terms & Conditions
  • Pelanggan mesti mengemukakan resit sebagai bukti pembelian yang memenuhi perbelanjaan minimum tersebut.
  • Setiap pelanggan hanya boleh menebus 2 kali sahaja sepanjang kempen.
  • Setiap pelanggan hanya boleh menebus satu (1) KaserolTerma & Syarat Penebusan Kaca sahaja sepanjang kempen.
  • Penebusan adalah “siapa cepat, dia dapat”, selagi stok masih ada, dan mesti dibuat pada hari yang sama.
  • Hanya resit bercetak atau bertulis tangan dengan cop rasmi akan diterima.
  • Pelanggan mesti berumur 18 tahun ke atas.
  • Hadiah mesti diambil oleh pelanggan secara peribadi; wakil adalah tidak dibenarkan.
  • Penyewa, kakitangan KWC dan keluarga terdekat tidak layak menebus; salah guna akan dikenakan denda RM200/item.
  • Dengan menyertai, pelanggan dianggap bersetuju dengan terma ini.
  • Pihak pengurusan berhak mengubah terma atau menolak resit tidak sah bila-bila masa.
  • Keputusan pihak pengurusan adalah muktamad.
  • Personal Data Protection Act·
  • Terms of Use·

© 2026 KWC Fashion Wholesale

PERBADANAN PENGURUSAN KOMPLEKS KENANGA WHOLESALE CITY (PTG/WP.20/1/2832)