• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
KWC Fashion Wholesale

KWC Fashion Wholesale

I Love Fashion at Wholesale Price

  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu
  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu

Laman Utama

CELEBRITY LOOK FOR LESS-01
CELEBRITY LOOK FOR LESS-03
CELEBRITY LOOK FOR LESS-04

Azira Shafinaz telah mencuri hati peminat dengan persembahannya sebagai ahli kumpulan DE FAM sebagai vokalis dan sedang membina mama sebagai seorang pelakon yang sangat berbakat. Namun, statusnya sebagai ikon fesyen turut mendapat perhatian ramai!

Ikuti fesyen Azira yang mengikuti tren terkini dengan harga mampu milik di KWC Fashion Wholesale! Kami menawarkan pelbagai pilihan seperti Kemeja Ruffle, Knitted Vests ala korea, Palazzos dan jeanst untuk penampilan wanita moden.

Jangan lupa tambah aksesori dengan rangkaian beg tangan, kasut dan aksesori kami yang sesuai dengan penampilan superstar Azira Shafinaz yang elegan, hanya di KWC Fashion Wholesale.

Filed Under: Gaya Selebriti Bajet Rendah, Inspirasi Fesyen Tagged With: Laman Utama

be accessoried-01
be accessoried-03
be accessoried-04

Disember ini, tampil ramping dengan aksesori tali pinggang di KWC Fashion Wholesale!

Pelbagai rekaan aksesori pinggang yang bergaya di KWC Fashion Wholesale dan kami mahu anda mencubanya! Pilih daripada pelbagai jenis warna dan corak seperti Tali Pinggang Korset, Tali Pinggang Halus, Tali Pinggang Fabrik dan Tali Pinggang Kulit.

Semua tali pinggang ini direka bentuk agar sesuai dengan tren terkini dan bergaya untuk fesyen bandar, dalam pelbagai warna pastel dan berani serta corak dan tidak bercorak. Tali pinggang juga terdapat dalam pelbagai reka bentuk dari nipis hingga tebal, besar dan langsing untuk memenuhi keperluan fesyen anda.

Gayakan aksesori kesukaan anda pada Disember ini di KWC Fashion Wholesale!

Filed Under: Diari Aksesori, Inspirasi Fesyen Tagged With: Laman Utama

special Feature-01
special Feature-03
special Feature-04

Fesyen cetakan sangat menarik perhatian untuk orang yang meminati fesyen. Tidak hairanlah, jika fesyen cetakan menimbulkan kehebohan dan menjadi satu trend yang paling popular.

Teknik padanan cetakan yang betul akan menonjolkan stail yang menarik. Pemilihan warna pelengkap dan bentuk abstrak yang sesuai seperti gaun yang sarat dengan corak boleh dipadankan dengan tudung yang lebih ringkas corak dan warna monokrom yang sama. Pastikan aksesori yang dipakai adalah rekaan minimum untuk mengurangkan pandangan stail yang berat tetapi masih menonjolkan kreativiti individu.

Jadi apa tunggu lagi? Fesyen Cetakan Menawan ini sedang menunggu si fesyenista untuk menggayakannya. Dapatkan semuanya di KWC Fashion Wholesale!

Filed Under: Inspirasi Fesyen, Istimewa Tagged With: Laman Utama

be accessoried-01
be accessoried-03
be accessoried-04

Cuaca panas buat kita lebih selesa memakai outfit yang ringan dan serba ringkas. Malah, fesyen untuk negara tropikal juga antara yang menjadi kegemaran ramai kerana apa jua warna, corak dan stail pakaian seolah tiada peraturan.

Item paling wajib ada untuk summer style semestinya sandal yang bergaya. Walaupun nampak simple, sandal adalah pelengkap fesyen anda. Kalau top anda dah menawan, takkan nak padankan dengan selipar jepun.

Terdapat pelbagai rekaan sandal jenis tebal dan chuncky, atau tali halus ini dah jadi virus fesyen. Bukan sahaja selesa pada kaki tapi mampu elevate outfit anda lebih fun dan cool dengan warna yang menyerlah.

Cari gaya fesyen terkini dan selesa di KWC Fashion Wholesale November ini!

Filed Under: Diari Aksesori, Inspirasi Fesyen Tagged With: Laman Utama

kiddies_corner-01
kiddies_corner-03
kiddies_corner-04

Ceria dan comel. Ini yang terlintas di fikiran sebaik melihat koleksi pakaian kanak-kanak yang menampilkan pelbagai warna berani dan membangkitkan semangat.

Banyak bermain dengan motif bunga dan abstrak, koleksi daripada butik di sini akan membuatkan penampilan si kecil lebih menarik. Padankan baju motif bunga dab tas kecil untuk kelihatan lebih comel. Padankan juga aksesori seperti cermin mata dan topi yang comel untuk tampil lebih menyerlah dan memberi impak kelainan pada gaya mereka.

Apa tunggu lagi dapatkan gaya terkini anak-anak anda di KWC Fashion Wholesale November ini!

Filed Under: Fesyen Kanak-Kanak, Inspirasi Fesyen Tagged With: Laman Utama

bargainCorner-01
bargainCorner-03
bargainCorner-04

Satu-satunya tenaga yang diperlukan ialah tenaga anak anda (dan mereka ada banyak tenaga!). Mainan kanak-kanak kami yang selamat dan seronok dapat memotivasi kanak-kanak supaya mereka dapat mengasah kemahiran motor halus, kemahiran bersosial dan pemikiran logik melalui lakon peranan, imaginasi, kreativiti dan pergerakan.

Di KWC Fashion Wholesale, kami menawarkan pelbagai jenis mainan pada harga mampu milik seperti kereta kawalan, robot, kapal terbang, anak patung dan lain-lain sesuai dengan umur anak anda. Semuanya di bawah satu bumbung!

Filed Under: Inspirasi Fesyen, Sudut Tawaran Hebat Tagged With: Laman Utama

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 21
  • Page 22
  • Page 23
  • Page 24
  • Page 25
  • Interim pages omitted …
  • Page 34
  • Go to Next Page »
  • Personal Data Protection Act·
  • Terms of Use·

© 2026 KWC Fashion Wholesale

PERBADANAN PENGURUSAN KOMPLEKS KENANGA WHOLESALE CITY (PTG/WP.20/1/2832)