• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
KWC Fashion Wholesale

KWC Fashion Wholesale

I Love Fashion at Wholesale Price

  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu
  • Mengenai Kami
  • Cari KWC
  • Direktori
  • Kemudahan
  • Aktiviti Terkini
  • Inspirasi Fesyen
  • Hubungi Kami
  • Wholesale Hub
  • Wedding Hub
  • English
  • Bahasa Melayu

Laman Utama

SPECIAL FEATURES-01
SPECIAL FEATURES-03
SPECIAL FEATURES-04

Selain baju kurung, koleksi abaya dan jubah antara persalinan yang menjadi pilihan wanita masa kini. Persalinan wanita Muslimah yang cukup popular di rantau Asia Barat itu kini menampilkan rekaan yang lebih kontemporari dan moden.

Dapatkan rekaan Abaya kontemporari dan estetik untuk muslimah kelihatan lebih bergaya. Pelbagai pilihan ditawarkan dalam pelbagai warna, dan corak yang sesuai digayakan dimana-mana sahaja. Paling penting rekaan abaya masa kini lebih tampil mewah dan elegan pada si pemakai.

Padankan dengan aksesori yang ringkas seperti tudung, Beg Tangan, Kasut, Jam Tangan, Beg Baguette dan anting-anting yang sesuai dengan pilihan abaya.

Bergaya dengan mengikuti fesyen terkini di KWC Fashion Wholesale!

Filed Under: Inspirasi Fesyen, Istimewa Tagged With: Laman Utama

MUSLIMAH TREND-01
MUSLIMAH TREND-03
MUSLIMAH TREND-04

Sudah bosan dengan gaya feminin wanita melayu terahir?

Tidak semestinya apabila kita mengenakan pakaian ala maskulin itu kita akan nampak seperti lelaki. Stail ‘baggy’ sememangnya merupakan satu tren yang hangat untuk tahun 2022!

Jika anda mahukan gaya ranggi dan maskulin, boleh dapatkan di KWC Fashion Wholesale, di mana kami akan mempunyai pelbagai pilihan untuk anda pilih! Pilihan daripada Baju Flanel, ‘Turtleneck’, Jaket Varsiti, Seluar Pinggang Tinggi dan ‘Skirt’.

Berikan sentuhan feminin dengan pilihan aksesori seperti kasut tinggi atau ‘wedges’, Tas Tangan, Dompet, Rantai dan Anting-anting untuk melengkapkan stail terkini!

Selamat mencuba gaya gadis maskulin ini! Kalau anda berani gayakan stail seperti ini, Tahniah! Kerana anda memang Fashionista sebenar! Semuanya hanya di KWC Fashion Wholesale!

Filed Under: Gaya Muslimah, Inspirasi Fesyen Tagged With: Laman Utama

KIDDIES CORNER-01
KIDDIES CORNER-03
KIDDIES CORNER-04

Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak memerlukan sedikit atau sesuatu untuk kelihatan bergaya dan pastikan anak anda dilengkapi dengan pakaian yang mengikut kesusaian cuaca.

Pakaian yang ceria bersama warna yang ceria akan memberikan mood bahagia buat kanak-kanak yang memakai. Kanak-kanak juga sudah tentu suka apabila ibu bapa mereka menyarungkan pakaian yang ceria.

Perkara yang dilihat bukan sahaja pada pakaian, tetapi juga aksesori juga dititikberatkan dalam menggayakan sesuatu pakaian. Ini akan menjadikan sesuatu penggayaan menjadi lebih menarik. Aksesori buat si kecil tidak perlu terlalu berat seperti lapisan rantai yang banyak, gelang, ataupun cincin. Cukup sahaja satu aksesori untuk dihiaskan dibadan si comel sudah memadai.

Dapatkan fesyen ranggi untuk si cilik, hanya di KWC Fashion Wholesale!

Filed Under: Fesyen Kanak-Kanak, Inspirasi Fesyen Tagged With: Laman Utama

CELEBRITY LOOK FOR LESS-01
CELEBRITY LOOK FOR LESS-03
CELEBRITY LOOK FOR LESS-04

Azira Shafinaz telah mencuri hati peminat dengan persembahannya sebagai ahli kumpulan DE FAM sebagai vokalis dan sedang membina mama sebagai seorang pelakon yang sangat berbakat. Namun, statusnya sebagai ikon fesyen turut mendapat perhatian ramai!

Ikuti fesyen Azira yang mengikuti tren terkini dengan harga mampu milik di KWC Fashion Wholesale! Kami menawarkan pelbagai pilihan seperti Kemeja Ruffle, Knitted Vests ala korea, Palazzos dan jeanst untuk penampilan wanita moden.

Jangan lupa tambah aksesori dengan rangkaian beg tangan, kasut dan aksesori kami yang sesuai dengan penampilan superstar Azira Shafinaz yang elegan, hanya di KWC Fashion Wholesale.

Filed Under: Gaya Selebriti Bajet Rendah, Inspirasi Fesyen Tagged With: Laman Utama

be accessoried-01
be accessoried-03
be accessoried-04

Disember ini, tampil ramping dengan aksesori tali pinggang di KWC Fashion Wholesale!

Pelbagai rekaan aksesori pinggang yang bergaya di KWC Fashion Wholesale dan kami mahu anda mencubanya! Pilih daripada pelbagai jenis warna dan corak seperti Tali Pinggang Korset, Tali Pinggang Halus, Tali Pinggang Fabrik dan Tali Pinggang Kulit.

Semua tali pinggang ini direka bentuk agar sesuai dengan tren terkini dan bergaya untuk fesyen bandar, dalam pelbagai warna pastel dan berani serta corak dan tidak bercorak. Tali pinggang juga terdapat dalam pelbagai reka bentuk dari nipis hingga tebal, besar dan langsing untuk memenuhi keperluan fesyen anda.

Gayakan aksesori kesukaan anda pada Disember ini di KWC Fashion Wholesale!

Filed Under: Diari Aksesori, Inspirasi Fesyen Tagged With: Laman Utama

special Feature-01
special Feature-03
special Feature-04

Fesyen cetakan sangat menarik perhatian untuk orang yang meminati fesyen. Tidak hairanlah, jika fesyen cetakan menimbulkan kehebohan dan menjadi satu trend yang paling popular.

Teknik padanan cetakan yang betul akan menonjolkan stail yang menarik. Pemilihan warna pelengkap dan bentuk abstrak yang sesuai seperti gaun yang sarat dengan corak boleh dipadankan dengan tudung yang lebih ringkas corak dan warna monokrom yang sama. Pastikan aksesori yang dipakai adalah rekaan minimum untuk mengurangkan pandangan stail yang berat tetapi masih menonjolkan kreativiti individu.

Jadi apa tunggu lagi? Fesyen Cetakan Menawan ini sedang menunggu si fesyenista untuk menggayakannya. Dapatkan semuanya di KWC Fashion Wholesale!

Filed Under: Inspirasi Fesyen, Istimewa Tagged With: Laman Utama

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 22
  • Page 23
  • Page 24
  • Page 25
  • Page 26
  • Interim pages omitted …
  • Page 36
  • Go to Next Page »
  • Personal Data Protection Act·
  • Terms of Use·

© 2026 KWC Fashion Wholesale

PERBADANAN PENGURUSAN KOMPLEKS KENANGA WHOLESALE CITY (PTG/WP.20/1/2832)